Pernas salur RM12.6 juta kepada usahawan Sabah melalui Program BizFrancais | DagangNews Skip to main content

Pernas salur RM12.6 juta kepada usahawan Sabah melalui Program BizFrancais

Pernas menyasarkan RM4.2 juta potensi pembiayaan bagi Sabah pada tahun ini.
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 27 Nov - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menerusi Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) sehingga kini menyalurkan RM12.6 juta kepada usahawan Wilayah Sabah merangkumi 33 jenama francais dan pra-francais dan menyasarkan RM4.2 juta potensi pembiayaan bagi negeri itu pada tahun ini.

 

Pernas secara keseluruhan menyalurkan sejumlah RM509 juta pembiayaan francais kepada 2,200 usahawan francais dan pra-francais manakala sejak Program BizFrancais diperkenalkan, Pernas telah meluluskan pembiayaan sebanyak RM14.94 juta.

 

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, menyatakan terdapat pelbagai jenama buatan sendiri di Sabah yang berpotensi untuk dibangunkan ke arah francais.

 

"Antara jenama-jenama francais yang berasal daripada Sabah seperti Mok, Fook Yuen, Nuvis, Sinar Suria dan Happy Potato serta banyak lagi jenama pra-francais yang dilihat mampu bersaing dengan jenama-jenama francais antarabangsa.

 

"Bagi mempergiat usaha melahirkan lebih banyak usahawan francais, pada tahun 2024, Pernas akan memperuntukkan sebanyak RM50 juta bagi pembiayaan francais dan pra-francais. 

 

"Malah, KUSKOP melalui agensinya, Pernas akan meneruskan inisiatif pelbagai program baharu yang bukan sahaja menyasarkan wanita dan belia, malah pesara, veteran dan perusahaan sosial,” katanya dalam kenyataan media di sini.

 

 

pernas
Datuk Hazimah Zainuddin

 

 

pernas

 

 

Hadir sama pada program itu, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Usahawan) KUSKOP, Datuk Zamri Salleh; Pengerusi Pernas, Datuk Hazimah Zainuddin, dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pernas, Afidah Azwa binti Abdul Aziz.

 

 

pernas

 

 

Bagi melebarkan sayap jenama-jenama francais ke peringkat antarabangsa, Pernas juga bakal memperkenalkan Program Nurturing Brands for Expansion and Growth (NEXT) iaitu sebuah program untuk mengenal pasti dan seterusnya menyediakan para francaisor tempatan bagi membantu mengembangkan jenama produk francais ke luar negara. - DagangNews.com