Pendapatan SDS bagi FY23,FY23 diturunkan kesan peningkatan kos operasi – Kenanga Research | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Pendapatan SDS bagi FY23,FY23 diturunkan kesan peningkatan kos operasi – Kenanga Research

Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 18 Mei - Kenanga Research mengurangkan pendapatan SDS Group Berhad bagi tahun kewangan 2023 dan 2024 (FY23 dan FY24) masing-masing sebanyak 12% dan 11% dengan mengambil kira peningkatan kos operasi.

 

Firma penyelidikan itu berkata kos operasi lebih tinggi, terutamanya, kos kakitangan menurut pindaan Akta Kerja baru-baru ini yang mengurangkan jam kerja mingguan maksimum kepada 45 daripada 48 serta kos utiliti .

 

“Bagaimanapun, kami masih mengunjurkan syarikat untuk menyampaikan pertumbuhan pendapatan pada FY23 dan FY24 masing-masing sebanyak 134% dan 28%,” katanya dalam nota hari ini.

 

Segmen borong SGS menyumbang dua pertiga daripada jumlah pendapatan dan FY22 dan ia mempunyai rangkaian pengedaran yang luas di seluruh Semenanjung Malaysia.

 

Firma itu berkata SDS akan menambah 25 lagi trak pada FY24, membolehkan syarikat itu meningkatkan kekerapan pengedaran di pasaran sedia ada dan berkembang secara geografi.

 

“SDS juga merancang untuk menambah tiga hingga lima kedai runcit (kafe dan kedai roti) pada FY24 berbanding 36 cawangan pada akhir suku ketiga tahun kewangan berakhir 31 Mac 2023 (3QFY23),” tambahnya.

 

Sementara itu, dua bidang tanah seluas 6.9 hektar di Tebrau, Johor yang telah diperoleh SDS baru-baru pada harga RM9.4 juta telah dirancang untuk pembinaan kemudahan baharu bagi memenuhi permintaan masa hadapan.

 

SDS juga telah menambah dua hingga unit penyimpanan stok (SKU) baharu dengan perisa baharu untuk meningkatkan jualan.

 

Kenanga Research mengulangi saranan ‘tambah’ dengan nilai saksama (FV) diturunkan kepada RM1.02 sesaham daripada RM1.15.

 

“Kami percaya ini disokong oleh rancangan pengembangan jangka panjang dan kelebihan harga yang berpatutan untuk kumpulan B40.

 

“Namun begitu, penilaian tersebut dianggap tidak mahal, mencerminkan potensi pertumbuhan pendapatan yang tinggi berbanding unjuran syarikat setara konsensus sebanyak 12% pada FY23,” katanya. -DagangNews.com