Pemulihan Air Selangor: 233 kawasan pulih sepenuhnya | DagangNews Skip to main content

Pemulihan Air Selangor: 233 kawasan pulih sepenuhnya

air selangor

KUALA LUMPUR 16 Julai - Sebanyak 233 kawasan yang terlibat dengan kerja-kerja penambahbaikan dan penggantian aset kritikal Logi Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (LRA SSP3) telah pulih setakat pukul 9.00 pagi tadi.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd, Elina Baseri berkata, jumlah kawasan yang pulih itu melibatkan 77% daripada seluruh kawasan yang terlibat.

"223 kawasan telah pulih sepenuhnya, manakala 67 kawasan lain masih lagi dalam proses pemulihan.

"Usaha menstabilkan sistem agihan bekalan air sedang giat dilaksanakan untuk mempercepatkan proses pemulihan bekalan air ke kawasan yang masih terjejas," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kini, tiga wilayah telah mencapai tahap pemulihan 100% iaitu Kuala Langat, Gombak dan Kuala Lumpur. 

Manakala Klang/Shah Alam dan wilayah Petaling masing-masing pada tahap pemulihan 62% dan 89%.

Jelas Elina lagi, lori tangki turut digerakkan ke kawasan yang masih terjejas bermula hari ini.

"Mulai 16 hingga 17 Julai, sebanyak lapan Pusat Khidmat Setempat dan enam Pili Air Awam disediakan untuk kemudahan pelanggan.

"Pengguna yang datang mengambil air digalakkan memakai pelitup muka dan mengamalkan jarak sosial satu meter ketika beratur," katanya. - DagangNews.com