Pemakaian pelitup muka di luar bangunan tidak lagi diwajibkan, bermula 1 Mei 2022 | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Pemakaian pelitup muka di luar bangunan tidak lagi diwajibkan, bermula 1 Mei 2022

Foto - Bernama
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

PUTRAJAYA 27 April - Kementerian Kesihatan Malaysia memutuskan pemakaian pelitup muka di luar bangunan (outdoor), tidak lagi diwajibkan bermula 1 Mei 2022.

 

Menterinya Khairy Jamaluddin berkata, pemakaian pelitup muka di luar bangunan dan kawasan terbuka adalah atas pilihan (optional) tetapi amat digalakkan kerana pelitup muka mampu mengurangkan penularan jangkitan.

 

Beliau berkata, pemakaian pelitup muka adalah wajib apabila berada di dalam bangunan (indoor), dan di dalam pengangkutan awam termasuk eHailing.

 

"Selain itu, pemakaian pelitup muka masih diwajibkan apabila berada di dalam bangunan, termasuk gedung beli belah dan pengangkutan awam, termasuk e-hailing.

 

 

kj

 

 

"Penguatkuasaan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan peraturan-peraturan di bawahnya akan dikenakan ke atas individu yang gagal mematuhi arahan pemakaian pelitup muka," katanya dalam sidang media khas hari ini.

 

Menurut Khairy, pemakaian pelitup muka masih digalakkan di kawasan luar yang sesak untuk individu berisiko tinggi

 

"Pelitup muka boleh ditanggalkan di dalam bangunan untuk situasi tertentu ketika makan, bersenam berseorangan, ketika memberi ucapan atau ketika membuat persembahan pentas," katanya. - DagangNews.com