KUALA LUMPUR 27 Okt - Juniper Networks, peneraju rangkaian pacuan teknologi kecerdasan buatan (AI), mengumumkan Payments Network Malaysia (PayNet), rangkaian pembayaran nasional dan infrastruktur pusat bagi pasaran kewangan Malaysia, memilih rumusan kampus Juniper yang dipacu oleh Mist AI.
Rangkaian yang dinaik taraf termasuk Juniper Networks EX Series dan Wireless Access Points, Wired dan perkhidmatan Wi-Fi Assurance, serta Marvis Virtual Network Assistant dipandu oleh Mist AI, meningkatkan keupayaan jaringan di seluruh kawasan kampus PayNet dan pusat arahan jarak jauh.
Sebagai pemain utama dalam pasaran kewangan Malaysia, pada tahun 2022 sahaja PayNet memproses transaksi bernilai RM1 trilion.
Selain pertumbuhan penghubungan pembayaran antarabangsa rentas sempadan, PayNet menawarkan rangkaian perkhidmatan popular yang komprehensif, menjadikan ia sebagai satu keperluan bagi lebih 33 juta individu yang mahir dalam teknologi digital di Malaysia.
Ia termasuk perkhidmatan pembayaran tanpa tunai (DuitNow), pembayaran bil (FPX), pemindahan antara bank (IBG) serta rangkaian mesin juruwang automatik (ATM) bersama di seluruh negara.
Dengan jumlah transaksi yang dijangka akan terus meningkat, PayNet menyedari keperluan untuk memperbaharui rangkaian jaringan kampus bagi memastikan lebih daripada 500 kakitangan di ibu pejabat merekaBmenikmati pengalaman digital lebih baik, terutamanya dengan pengamalan model kerja hibrid.
Dengan automasi dan AIOps, rumuasan rangkaian kampus Juniper yang menonjol semasa penilaian PayNet. Hal ini kerana, ia menawarkan rumusan masa depan yang kaya dengan automasi serta AIOps, meningkatkan prestasi, konsistensi, kemudahan pengurusan, dan keupayaan untuk berkembang dengan lancar seiring pertumbuhannya.
Naib Presiden Wilayah ASEAN & Taiwan Juniper Networks, Perry Sui berkata, pihaknya berbesar hati untuk mendukung rakan kongsi yang menyediakan perkhidmatan penting bagi kehidupan seharian pelanggan mereka.
"Kami berbangga untuk memainkan peranan penting dalam infrastruktur jaringan PayNet – sama seperti misi mereka untuk membangun ekosistem pembayaran dan kewangan yang inklusif, mudah diakses dan cekap untuk rakyat Malaysia.
"Tugas kami memberikan mereka rumusan jaringan terbaik yang ditawarkan oleh teknologi. Menyaksikan perjalanan pertumbuhan mereka di seluruh rantau dan dunia adalah satu penghormatan, dan kami berharap dapat mengukuhkan kerjasama ini seiring dengan perkembangan mereka," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.
Ketua Rangkaian PayNet, Preman Padmanabhan berkata, pihaknya mahu menyediakan negara dengan platform pembayaran yang menjimatkan dan tangkas yang boleh memberi respons pantas kepada inovasi sambil memastikan permintaan bagi perkhidmatan mereka dapat dipenuhi tepat waktu dan efektif.
"Perkongsian kami dengan Juniper Networks menyediakan asas rangkaian yang membolehkan kami fokus untuk memberikan rangkaian layanan tanpa perlu risau dengan urusan di bahagian belakang, menyumbang ke arah membangunkan satu ekosistem pembayaran untuk Malaysia dan di seluruh rantau yang tetap efisien, relevan dan berdaya saing," katanya. - DagangNews.com








