Panadol perkenal produk Panaflex Patch baharu tawar kelegaan sakit otot badan | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Panadol perkenal produk Panaflex Patch baharu tawar kelegaan sakit otot badan

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 21 Julai - Panadol memperkenalkan rangkaian baharu produk kelegaan sakit badan, Panaflex Patch untuk memperkasakan rakyat Malaysia dengan memberikan rumusan kesakitan yang bertindak cepat dan berkesan.

 

Pengurus Besar, Malaysia, Singapura dan Brunei (MSB) Haleon, Bryan Wong berkata, pihaknya mengiktiraf bahawa rasa sakit yang berterusan boleh menghindarkan produktiviti dan memberikan kesan yang ketara kepada kualiti kehidupan seseorang individu. 

 

"Sebagai antara peneraju dalam kategori kelegaan kesakitan, kami ingin melakukan sesuatu melebihi jangkaan dan berusaha dengan gigih untuk memperluas rangkaian produk kelegaan kesakitan kami, bagi memenuhi keperluan pelbagai dan sentiasa berkembang oleh para pelanggan yang dihargai. 

 

"Visi kami adalah untuk memberikan kebebasan daripada kesakitan agar semangat manusia dapat menyerlah," katanya dalam kenyataan media di sini.

 

Sebagai sebahagian daripada pelancaran baharu, Panadol menyasarkan untuk meraikan rakyat Malaysia yang gigih bekerja menjelang sambutan kemerdekaan bagi menghargai usaha mereka yang tidak mengenal erti penat lelah dan juga pengorbanan mereka. 

 

Kempen pelancaran bermula pada 21 Julai, dengan acara pertama akan diadakan di Pavilion Bukit Jalil mulai 10 pagi hingga 10 malam. 

 

 

panadol
Bryan Wong ketika berucap pada majlis pelancaran Panadol Panaflex Patch di ibu negara pada 21 Julai 2023.

 

 

panadol
Pengacara televisyen popular, Awal Ashaari ketika pelancaran Panadol Panaflex Patch di ibu negara pada 21 Julai 2023.

 

 

Melalui acara ini, para pengunjung dapat belajar mengenai sakit badan dan cara menanganinya. 

 

Ia diikuti kempen sosial selama tiga bulan bersama pemimpin pendapat utama yang meneruskan usaha advokasi untuk membantu dan memperkasakan rakyat Malaysia dalam mengurus kesakitan harian yang dialami mereka dengan cara lebih berkesan.  

 

 

awal

 

 

Sebarang maklumat lanjut mengenai Panaflex, sila layari  https://www.panadol.com/en-my/adult-products/panaflex-hot-patch/.  - DagangNews.com