Niro Ceramic perkenal platform baharu untuk tingkatkan pengalaman pemilihan jubin kediaman | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Niro Ceramic perkenal platform baharu untuk tingkatkan pengalaman pemilihan jubin kediaman

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 4 Julai - Niro Ceramic Group, salah satu pengeluar dan pengedar jubin terbesar di Malaysia, melancarkan 'Let's Visualize', platform terkini di laman web mereka yang membolehkan pengguna menggambarkan reka bentuk dinding dan lantai menggunakan jubin di bawah jenama Niro Granite dan Portino.

 

Pengarah Urusannya, Ian Kok berkata, pelancaran tersebut untuk meningkatkan pengalaman pengubahsuaian rumah pengguna dan mendorong pihaknya terus meningkatkan inovasi dan kreativiti.

 

Katanya, inisiatif ini mencerminkan dedikasi Niro Ceramic dalam menyediakan pengalaman yang terbaik kepada pelanggan, khususnya dalam era digital.

 

"Kami teruja untuk memperkenalkan Let's Visualize dan membolehkan pengguna kami menikmati sendiri proses pemilihan jubin dengan lancar. 

 

"Kami berharap gabungan reka bentuk dan teknologi ini akan menggalakkan kreativiti dan menjadi salah satu cara ideal kepada Niro Ceramic untuk menyediakan rumusan yang luar biasa secara berterusan," katanya dalam kenyataan media di sini.

 

Platform ini boleh diakses melalui komputer dan telefon mudah alih dan pengguna hanya perlu melayari laman web Niro Granite atau Creative Lab.

 

Klik pada Let’s Visualize dan muat naik foto ruang mereka ke visualiser, pilih dinding serta lantai untuk diubah dan bereksperimen dengan reka bentuk dan saiz jubin berbeza untuk kombinasi terbaik mengikut citarasa. 

 

 

niro

 

 

Platform ini memudahkan pengguna untuk memilih jubin dengan mudah dari pelbagai koleksi jubin Niro Granite dan Portino yang tersedia. 

 

Selain itu, pengguna juga dapat memilih pelbagai saiz, corak, dan warna yang sesuai mengikut keinginan mereka.

 

Untuk menikmati pengalaman menggunakan platform baharu ini, layari https://nirogranite.com.

 

 Let's Visualize juga boleh dilayari di laman web runcit Niro Ceramic Group https://creativelab.com tidak lama lagi dan di laman web pengedar Portino terpilih pada bulan ini. - DagangNews.com