MYAirline tawar diskaun RM15 tempahan penerbangan kepada pengguna U Mobile | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

MYAirline tawar diskaun RM15 tempahan penerbangan kepada pengguna U Mobile

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 11 April - MYAirline dan U Mobile bekerjasama menawarkan pelanggan syarikat telekomunikasi itu baucar diskaun sebanyak RM15 apabila menempah penerbangan antara 10 April hingga 30 Jun 2023.

 

MYAirline dalam kenyataan hari ini berkata, ia melibatkan penerbangan antara 10 April hingga 27 Oktober 2023.

 

Katanya, baucar diskaun sah untuk digunakan pada kedua-dua penerbangan dan juga tambahan seperti makanan dan bagasi pada semua penerbangan MYAirline. 

 

"Baucar diskaun juga boleh digunakan dengan promosi lain, mengurangkan kos perjalanan lebih jauh lagi untuk pelanggan U Mobile," katanya.

 

Tambah kenyataan itu, untuk menikmati faedah ini, pelanggan U Mobile hanya perlu menjalankan 2 langkah dengan melayari aplikasi MyUMobile untuk menebus baucar di bawah program ganjaran.

 

"Caranya dengan memasukkan baucar 12 digit apabila digesa di aplikasi atau laman web MYAirline semasa proses tempahan," katanya.

 

Dengan lebih 140 penerbangan setiap minggu ke destinasi domestik dan lokasi antarabangsa masa hadapan, terbang dengan selesa dengan MYAirline.

 

Tiba ke destinasi tepat pada masanya bersama keluarga, sama ada untuk musim balik kampung, cuti sekolah yang akan datang. Untuk terma dan syarat lanjut, sila layari www.myairline.my/umobile-collaboration. - DagangNews.com