MYAirline catat kejayaan 6,000 jam penerbangan selamat sejak Disember 2022 | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

MYAirline catat kejayaan 6,000 jam penerbangan selamat sejak Disember 2022

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 18 Mei - MYAirline memberikan komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap keselamatan dan kesejahteraan penumpang dengan mencatatkan kejayaan sebanyak 6,000 jam penerbangan selamat sejak enam bulan lepas permulaan operasinya.

 

Syarikat penerbangan itu dalam kenyataan hari ini berkata, pencapaian tersebut adalah bukti kerja keras dan dedikasi pasukan kejuruteraan, untuk memastikan keselamatan serta keselesaan penumpang sejak mula beroperasi pada 1 Disember 2022.

 

Katanya, dengan kemajuan berterusan langkah-langkah keselamatan, teknologi inovatif, dan pasukan profesional yang berdedikasi, MYAirline kekal di barisan hadapan dalam industri dengan memastikan standard keselamatan tertinggi untuk penumpangnya. 

 

"Sebahagian besar daripada ini adalah berasaskan pada program penyelenggaraan komprehensif yang dikawal selia Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM)," katanya.

 

Ketua Pegawai Eksekutif MYAirline, Rayner Teo berkata, pihaknya memahami peranan penting keselamatan dalam industri penerbangan, dan ia sentiasa menjadi keutamaan kami.

 

"Setelah lulus empat audit pengawal selia industri dan menjalankan lebih daripada 40 pembekal kami sejak Disember dengan lebih banyak lagi akan datang, saya pasti kami telah menunjukkan struktur sokongan yang kukuh untuk memacu pertumbuhan kami," katanya.

 

Rekod menunjukkan bahawa kumpulan pesawat MYAirline menjalani 959 penyelenggaraan pusat pemeriksaan setiap hari. 

 

Malah sebelum berlepas Terminal 2 KLIA setiap pagi, sebuah pesawat mesti melepasi 117 pusat pemeriksaan daripada senarai semak penyelenggaraan pra-penerbangan yang diluluskan. 

 

Di sana juga merupakan senarai semak penyelenggaraan berkala yang merangkumi 149 item terperinci pada kapal terbang. 

 

Bahagian Kejuruteraan MYAirline menerusi 'Continued Airworthiness Maintenance Organization' tertakluk kepada aktiviti pematuhan dan pengawasan yang ketat oleh CAAM, menjadikannya selamat untuk penumpang. - DagangNews.com