KUALA LUMPUR 7 Mac - Persatuan Takaful Malaysia (MTA) melancarkan kempen Takaful-4-All untuk menggerakkan industri takaful bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.
Ketua Pegawai Eksekutif MTA, Mohd Radzuan Mohamed berkata kempen tersebut akan berfungsi sebagai pusat pengumpulan barang keperluan yang memberi keutamaan kepada golongan berpendapatan rendah daripada golongan B40.
“MTA komited untuk mnghulur bantuan dan mempercepatkan tuntutan kepada mangsa banjir.
Kami menyeru semua pengendali takaful untuk menyokong usaha ini dan menyumbang kepada inisiatif ini,” ujar beliau.
Menurut kenyataan MTA hari ini, pihaknya akan memudahkan dan menyegerakan tuntutan serta perkongsian maklumat Talian Hotline untuk semua syarikat takaful.
Selain itu, pelanggan takaful yang ingin membuat sumbangan boleh menghubungi MTA atau menghantar barangan ke pusat pengumpulan, di mana maklumat lanjut akan dimaklumkan di laman Facebook dan Instagram rasmi MTA.
“Tindakan susulan Takaful-4-All akan disegerakan untuk bantuan pusat banjir dan akan diikuti dengan usaha lain dari syarikat pengendali takaful.
MTA bersedia untuk membawa pasukan Takaful-4-All bagi membantu kerja-kerja pembersihan dan bantuan ke kawasan terjejas,” katanya. -DagangNews.com
Orang ramai boleh menghubungi talian percuma tersenarai di bawah:
Khidmat tunda percuma untuk mangsa banjir terjejas ke bengkel terdekat
- Etiqa General Takaful Berhad - 1-800-88-6491
ii. Takaful Ikhlas General Berhad - 1-800-88-1186
iii. Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad - 1-800-888-788
iv. Zurich Takaful Malaysia Berhad - 1-300-88-6222
Kelulusan ‘on-site’ bagi permohonan tanpa dokumen atau borang untuk tuntutan sehingga RM20,000.
i. Etiqa General Takaful Berhad - 011-1630-6646 (KL/Selangor/Perak/Penang/Kedah/Perlis)
ii. Etiqa General Takaful Berhad - 018-226-3288 (Kelantan/Terenganu/Pahang/Johor/Melaka/Negeri Sembilan/Sabah & Sarawak)
Bantuan Kerosakan Kenderaan
- Etiqa General Takaful Berhad - 1-800-88-6491
- Takaful Ikhlas General Berhad - 1-800-88-1186
- Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad - 1-800-888-788
- Zurich Takaful Malaysia Berhad - 1-300-88-6222
Bantuan Rumah Terjejas Akibat Banjir
- Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad - 1-300-88-252-385 / 016-218-4848 (WhatsApp)
Tuntutan Banjir
- Etiqa General Takaful Berhad - 011-1630-6646 (KL/Selangor/Perak/Penang/Kedah/Perlis)
- Etiqa General Takaful Berhad - 018-226-3288 (Kelantan/Terenganu/Pahang/Johor/Melaka/Negeri Sembilan/Sabah & Sarawak)
- Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad - 016-218-4848
- Takaful Ikhlas General Berhad - 03-2723-9696
Bantuan Perubatan - Surat Jaminan Untuk Hospital 24 Jam
Etiqa General Takaful Berhad - 1-800-88-9998








