Mohamad Haris dilantik sebagai Ketua Eksekutif baharu NCIA | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Mohamad Haris dilantik sebagai Ketua Eksekutif baharu NCIA

Mohamad Haris Kader Sultan

KUALA LUMPUR 17 Mac - Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) melantik Mohamad Haris Kader Sultan sebagai Ketua Eksekutif (CEO) baharu berkuat kuasa 1 Mac 2022, susulan persaraan Datuk Seri Jebasingam Issace John yang menerajui agensi itu sejak 2019.

 

Menurut NCIA, pengalaman Mohamad Haris selama 12 tahun dalam pelbagai projek berimpak tinggi Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), pelaburan strategik dan program modal insan berteraskan rakyat, meletakkan beliau sebagai layak untuk menerajui NCIA.

 

Mohamad Haris yang berasal dari Pulau Pinang, adalah lulusan ijazah sarjana muda Kewangan, Perakaunan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia (UUM) serta sarjana dalam bidang pentadbiran perniagaan Universiti Sains Malaysia (USM).

 

"Beliau yang juga ahli Institut Akauntan Malaysia, menyertai NCIA sebagai pengurus kewangan pada 2010 dan seterusnya sebagai pengawal kewangan pada 2018 serta menyandang tugas sebagai Ketua Pegawai Kewangan pada 2020," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - DagangNews.com