Mitsubishi Motors buka pusat 4S pertama di Bintulu | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Mitsubishi Motors buka pusat 4S pertama di Bintulu

Pusat 4S berada di lokasi utama dengan akses mudah di sepanjang jalan utama Jalan Tun Ahmad Zaidi, Bintulu, Sarawak.
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 27 Feb - Mitsubishi Motors Malaysia bersama pengedar sah Auto Pacifica Sdn Bhd membuka pusat 4S pertama di Bintulu, Sarawak baru-baru ini, sekaligus meningkatkan rangkaian pengedar kepada tujuh bilik pameran di Bumi Kenyalang.

 

Pusat 4S terletak di lot kedai dua tingkat dan ruang binaan seluas 10,000 kaki persegi, yang mana mewakili identiti jenama Mitsubishi Motors dengan mesej jenama global 'Drive Your Ambition'.

 

Selain menempatkan ruang istirahat pelanggan yang selesa dengan WIFI dan sudut kanak-kanak, ia itu dilengkapi dengan pusat servis yang serba lengkap dengan lima ruang servis yang sedia untuk berkhidmat untuk setiap kereta Mitsubishi. 

 

Pelanggan juga boleh membuat pembaharuan insurans dan pertukaran masuk kenderaan di bilik pameran.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Motors Malaysia, Shinya Ikeda berkata, Auto Pacifica mula beroperasi sebagai pengedar Mitsubishi Motors sejak 2007. 

 

Katanya, sejurus selepas MMM ditubuhkan pada 2005 justeru pengedar itu tidak asing lagi dalam keluarga Mitsubishi Motors. 

 

"Selain bilik pameran di Bintulu, Auto Pacifica mempunyai satu lagi bilik pameran Mitsubishi di Miri dan tidak lama lagi akan melancarkan cawangan ketiganya di Kota Samarahan pada penghujung Mac 2023,” katanya. 

 

Beliau berkata, sebagai salah satu pengedar berprestasi tinggi, ia menyumbang kepada pertumbuhan pasaran Mitsubishi Motors dan menjadikan Triton sebagai dua teratas di Sarawak dan Malaysia.

 

"Auto Pacifica komited untuk memenuhi keperluan pelanggan Mitsubishi dengan memperkayakan perkhidmatan dan pengalaman jenama kami," katanya.

 

Auto Pacifica terletak di Lot 4463 hingga 4470 (Tingkat Bawah) dan Lot 4467-4468 (Tingkat 1), Rumah Kedai Pier 99-3 Tingkat, Pecahan Lot 4474, 97000 Bintulu. 

 

Pusat 4S itu dibuka dari Isnin hingga Sabtu, mulai pukul 8 pagi hingga 5 petang, dan pada Ahad dari 10 pagi hingga 2 petang. - DagangNews.com