MIDF Research optimis syarikat usaha sama terbaharu MISC bersama Mitsui dan Petronas | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

MIDF Research optimis syarikat usaha sama terbaharu MISC bersama Mitsui dan Petronas

Oleh M. HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 14 Mei - MIDF Research optimis syarikat usaha sama melibatkan MISC, Petronas CCS Ventures Sdn Bhd (PCCSV) dan Mitsui OSK Lines Ltd. (MOL) Berhad dengan terdapat keupayaan untuk meneroka peluang-peluang perniagaan berkaitan.

 

Jelas firma penyelidikan itu, ini terutama perniagaan pengangkutan dan penyimpanan kapal pengangkut karbon dioksida cecair (LCO2) dengan ketiga-tiga pihak mempunyai keupayaan dalam bidang berkenaan.

 

"Dengan kepakaran MISC dalam pembinaan kapal, terutamanya dalam pembawa LNG yang canggih, kami percaya kumpulan ini mempunyai keupayaan untuk membangunkan LCO2C dan menyumbang secara positif kepada syarikat usaha sama.

 

"Selain itu, projek Pemerangkapan dan Penyimpanan Karbon (CCS) memerlukan perkongsian antara pelbagai pemain tenaga untuk menjadi projek yang memberi sumber pendapatan yang berpotensi dalam jangka panjang," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

 

MISC memasuki Perjanjian Usahasama (JVA) dengan Petronas CCS Ventures dan Mitsui OSK Lines untuk menubuhkan sebuah syarikat usahasama (JV) untuk mendapatkan dan memiliki pembawa LCO2 untuk mengangkut LCO2 ke tapak penyimpanan CO2 di Malaysia.

 

Menurut MIDF Research, pembangunan kapal-kapal ini dijangkakan menyumbang kepada komitmen MISC terhadap kelestarian dan pengangkutan tenaga yang efisien, selaras dengan penyelesaian CCUS NETR (Pelan Peralihan Tenaga Negara). 

 

Firma penyelidikan itu juga mengulangi pendirian positif terhadap usaha MISC bukan sahaja dalam menyokong penyelesaian pengangkutan yang lebih baik, tetapi juga dalam inisiatifnya untuk mengurangkan pelepasan karbon dan sulfur dalam industry. 

 

"Risiko ada tetapi boleh diuruskan. Faktor risiko yang mempengaruhi JVA termasuk perubahan ekonomi tempatan dan serantau, persekitaran politik dan peraturan yang berubah-ubah dan risiko operasi. 

 

"Namun, kami percaya bahawa risiko-risiko ini boleh dikurangkan melalui JVA," katanya.

 

Sementara itu, MIDF Research tidak membuat perubahan kepada ramalan kami bagi MISC pada ketika ini, menunggu keputusan pendapatan 1QFY24 kumpulan.

 

"Kami mengekalkan saranan Beli dengan harga sasaran (TP) RM8.48 sesaham," jelasnya.

 

MISC memiliki 40% saham dalam syarikat usaha sama itu.- DagangNews.com