Mesir jadi bahagian penting dalam usaha Malaysia memperluaskan eksport sawit ke benua Afrika - Johari Ghani | DagangNews Skip to main content

Mesir jadi bahagian penting dalam usaha Malaysia memperluaskan eksport sawit ke benua Afrika - Johari Ghani

Oleh M. HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 7 Feb - Malaysia merancang menjadikan Mesir sebagai bahagian penting dalam mengembangkan eksport minyak sawit ke benua Afrika menerusi 'Zon Ekonomi Terusan Suez'.

 

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, Mesir mempunyai potensi besar berikutan keudukan geografinya yang strategik iaitu menjadi gerbang masuk untuk menghubungan Malaysia dengan negara-negara di Afrika Utara.

 

Selain itu, kata Johari, Mesir yang mempunyai jumlah penduduk seramai lebih 110 juta orang merupakan negara yang strategik bagi industri sawit Malaysia kerana hampir 90% eksport negara ke Republik itu adalah sawit. 

 

Terdahulu, Johari telah mengadakan pertemuan dengan Duta Besar Mesir ke Malaysia, Ragai Tawfik Nasir di pejabatnya semalam.

 

mesi
Johari Abdul Ghani menerima kunjungan Ragai Tawfik Nasir di pejabatnya di Putrajaya semalam.

 

ARTIKEL BERKAITAN: MPOB harus menjadi penanda aras kepada dunia dalam semua penyelidikan berkaitan minyak sawit – Johari Ghani

 

Menurut beliau, pertemuan tersebut bagi membincangkan beberapa inisiatif bagi mengeratkan lagi kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara.

 

"Dalam pertemuan ini, kami juga sedang mengkaji perkongsian antara dua negara bagi strategi pemasaran produk sawit dalam syarikat berkaitan kerajaan dengan kerjasama pemain swasta di kedua-dua buah negara," katanya menerusi media sosial beliau hari ini. - DagangNews.com