Memperkasa pelabur moden: Pelancaran rasmi Airo buka era baharu pelaburan aktif dan mudah akses di Malaysia | DagangNews Skip to main content

Memperkasa pelabur moden: Pelancaran rasmi Airo buka era baharu pelaburan aktif dan mudah akses di Malaysia

Pasukan Airo Malaysia

HAMPIR 73% rakyat Malaysia berumur 18 hingga 40 tahun mengaku berhutang, dengan lebih separuh daripada mereka mengatakan kekangan kewangan dan isu inflasi sebagai halangan besar untuk mencapai kestabilan kewangan.

 

Selain itu, mereka turut merasakan impian untuk mencapai kestabilan kewangan melalui pelaburan adalah sesuatu yang mustahil berikutan kekurangan pengetahuan dan sumber kewangan.

 

Dengan ini, Airo secara rasminya melangkah ke arena teknologi kewangan (fintech) sebagai platform pelaburan digital pertama di Malaysia yang menggunakan strategi pengurusan yang aktif, berfungsi sebagai panduan untuk memperkasakan pengetahuan kewangan untuk masyarakat awam.

 

Ramai golongan muda di Malaysia menganggap kekangan strategi pelaburan yang berkesan menjadi penghalang untuk mereka membuat pelaburan; satu realiti yang sukar diterima memandangkan pelaburan yang berjaya dilihat sebagai satu jalan untuk mencapai kebebasan kewangan.

 

Malah, sebuah kaji selidik oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang dijalankan pada tahun 2022 mendedahkan bahawa hanya 38 peratus responden mempunyai pengetahuan kewangan yang meluas, manakala hanya 35 peratus responden mempunyai pengetahuan mengenai pasaran modal.

 

Ketika pelabur berpengalaman giat mencari peluang untuk mempelbagaikan portfolio pelaburan mereka, pelabur baharu mungkin mendapati pengurusan aset dan kepelbagaian portfolio merupakan sesuatu yang rumit dan membimbangkan.

 

Selain itu, pengurusan risiko juga turut menjadi cabaran buat pelabur baharu, terutamanya bagi mereka yang mempunyai kekangan masa dan kebebasan untuk memberi tumpuan bagi memantau prestasi saham individu.

 

Bagi mengatasi isu sebegini, platform pelaburan Airo menawarkan teknologi kewangan canggih serta pengalaman sebenar daripada pasukan pengurus dana mereka.

 

Airo berhasrat untuk membantu seluruh rakyat Malaysia untuk mencapai matlamat pelaburan masing-masing dengan menyusun strategi pelaburan yang diperibadikan mengikut profil individu. Platform Airo dilengkapi sistem pelaburan berasaskan algoritma untuk memantau peluang pelaburan yang bersesuaian dengan keperluan unik setiap pengguna.

 

Strategi pelaburan yang aktif menjadi pendekatan pilihan memandangkan ianya membolehkan pelarasan portfolio pelaburan secara langsung agar lebih sesuai dengan pasaran semasa. Namun, Airo melangkah lebih jauh melalui strategi peruntukan aset yang dinamik, yang boleh disesuaikan kepada landskap ekonomi global yang sentiasa berubah serta strategi yang bersesuaian untuk memenuhi matlamat kewangan yang khusus bagi setiap pengguna.

 

Sama ada untuk merealisasikan percutian impian, membiayai pendidikan anak-anak atau membina pelan persaraan, teknologi canggih Airo beroperasi tanpa henti untuk merangka strategi pelaburan yang bersesuaian bagi setiap pengguna.

 

Selain itu, Airo juga menyediakan perkhidmatan pelaburan berasaskan algoritma automatik, bermula serendah RM50, yang seterusnya menghapuskan halangan yang melibatkan kos tinggi untuk pelabur kali pertama. Ini membolehkan pelabur baharu untuk mengambil langkah pertama dalam memulakan pelaburan.

 

“Kami di CP Global Fintech Solutions Sdn Bhd komited untuk menyediakan penyelasaian jangka panjang bagi membantu rakyat Malaysia dari setiap lapisan masyarakat mencapai matlamat kewangan mereka. Airo menggunakan sistem makro global yang sistematik untuk memanfaatkan fleksibiliti dan peluang daripada strategi pelaburan yang aktif, bagi memenuhi keperluan pengguna kami,” kata William Yii, Ketua Pegawai Pelaburan CP Global Fintech Solutions Sdn Bhd.

 

Selain itu, Airo menggunakan sistem pengukuran risiko yang diubah suai untuk menyediakan keupayaan pengurusan risiko sepanjang masa. Sistem nilai-berisiko bersyarat (CVAR) ini memantau risiko portfolio 24/7 dan membantu mengurus serta melindungi sebarang kemungkinan kerugian, selain turut melindungi risiko dan pulangan bagi keseluruhan portfolio.

 

Teknologi yang dibangunkan oleh Airo ini juga direka untuk mengurangkan kerugian akibat pembetulan pasaran yang teruk melalui pengurusan dana kepada pilihan pelaburan yang berisiko rendah, serta menggunakan instrumen lindung nilai seperti ETF songsang.

 

Selain itu, dana pelabur disimpan dengan selamat dalam akaun institusi kewangan Pacific Trustees, dilengkapi pelayan AWS yang selamat, pengesahan 2FA serta akses biometrik yang menjamin tahap keselamatan siber tertinggi untuk setiap pelabur. Ini membolehkan pelabur memaksimumkan potensi pulangan daripada pelbagai portfolio dengan risiko yang minimum, sama ada terhadap diri mereka sendiri atau portfolio yang mereka bina.

 

Sebagai syarikat yang memegang lesen Pengurus Pelaburan Digital (DIM) daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Airo menyasarkan untuk menggabungkan teknologi canggih dan pengalaman praktikal untuk membimbing orang ramai.

 

Dengan ini, mereka berhasrat untuk memulakan era baharu bagi penyelesaian kewangan yang boleh diakses dan diperibadikan untuk rakyat Malaysia, memastikan pelabur-pelabur baharu mendapat panduan yang diperlukan bagi mencapai matlamat kewangan mereka. - DagangNews.com