Rizab antarabangsa BNM susut AS$800 juta kepada AS$131.8 bilion setakat 15 Julai 2026 | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Rizab antarabangsa BNM susut AS$800 juta kepada AS$131.8 bilion setakat 15 Julai 2026

Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN

KUALA LUMPUR 22 Julai – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berkurangan kepada AS$131.8 bilion setakat 15 Julai 2026 berbanding AS$132.6 bilion yang direkodkan pada 30 Jun 2026.

 

Bank pusat dalam kenyataannya berkata, kedudukan rizab tersebut kekal mencukupi untuk membiayai 4.7 bulan import barangan dan perkhidmatan, selain bersamaan 0.9 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.

 

 

 

 

 

BNM menjelaskan, rizab antarabangsa berkenaan terdiri daripada beberapa komponen utama termasuk rizab mata wang asing berjumlah AS$116.4 bilion, rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sebanyak AS$1.3 bilion serta Hak Pengeluaran Khas (SDR) sebanyak AS$6 bilion.

 

 

 

 

 

 

Komponen lain dalam rizab antarabangsa itu ialah emas bernilai AS$5.8 bilion dan aset rizab lain berjumlah AS$2.3 bilion.

 

Kedudukan rizab antarabangsa yang kekal pada paras mencukupi mencerminkan keupayaan Malaysia dalam memenuhi komitmen kewangan luar negara serta menyokong kestabilan pasaran kewangan dan ekonomi domestik. - DagangNews.com