MBSB Bank tawar hadiah tonton perlawanan EPL di England melalui kempen Winners Are Dreamers | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

MBSB Bank tawar hadiah tonton perlawanan EPL di England melalui kempen Winners Are Dreamers

Sebanyak 13 pasukan dari Liga Kejuaraan MBSB Bank hadir pada pelancaran kempen Winners Are Dreamers dan Dare To Dream di Menara MBSB Bank di PJ Sentral, Petaling Jaya, Selangor pada 15 Ogos 2023.
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 16 Ogos - MBSB Bank Berhad menawarkan peminat bola sepak di Malaysia peluang seumur hidup untuk memenangi hadiah menonton Liga Perdana Inggeris (EPL) di England dengan semua perbelanjaan ditanggung melalui kempen 'Winners Are Dreamers'.

 

Kempen ini terbuka kepada individu pelanggan yang memiliki mana-mana rangkaian luas produk MBSB Bank meliputi, Deposit Bertempoh-i, Deposit Bertempoh Junior-i, Akaun Simpanan M-Junior-i, Akaun Simpanan PrimeWin Salary-i, Pembiayaan Peribadi-i, Ihsan-i, Pembiayaan Pendidikan-i, Pembiayaan Harta-i, Takaful kepada e-dompet.

 

Selain itu, MBSB Bank juga melaksanakan kempen khas untuk pelanggan mudanya yang dikenali sebagai ‘Dare To Dream'.

 

Kempen tersebut terbuka kepada pelanggan berumur 18 tahun ke bawah dengan akaun M Junior MBSB Bank. Pelanggan yang memiliki akaun tersebut akan berpeluang untuk berlatih dengan legenda kelab Wolverhampton Wanderers.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Bank MBSB, Datuk Nor Azam M Taib berkata, pihaknya sentiasa memikirkan pendekatan kreatif dan inovatif untuk melibatkan diri dengan pelanggan serta orang ramai, dan bola sepak sememangnya salah satu cara terbaik untuk melakukannya.

 

"Kempen 'Winners Are Dreamers' dan 'Dare To Dream' direka khas bertepatan dengan Kejuaraan MBSB Bank 2023, menawarkan tawaran istimewa dan pengalaman eksklusif kepada pelanggan kami," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

 

Tambah Nor Azam, selain menyemai celik kewangan dan perancangan kewangan untuk pelanggan, aspek gamifikasi (maklumat) kempen kombo ini menggabungkan keterujaan bola sepak, perkongsian semangat untuk sukan ini dan memberi inspirasi kepada mereka yang mengambil bahagian untuk bercita-cita tinggi.

 

 

mbsb
Datuk Nor Azam M Taib (kanan) dan Datuk Mohd Yusoff Mahadi ketika pelancaran kempen Winners Are Dreamers dan Dare To Dream di Menara MBSB Bank di PJ Sentral, Petaling Jaya, Selangor pada 15 Ogos 2023.

 

 

"Ini memupuk hubungan positif antara MBSB Bank, bola sepak dan masyarakat," katanya.

 

Di samping kempen kombo, MBSB Bank turut melancarkan MBSB Bank Championship VISA Debit Card-i edisi terhad yang direka khas untuk pelanggan yang merupakan pencinta bola sepak.

 

Kempen Winners Are Dreamers dan Dare To Dream akan berlangsung sehingga 31 Januari 2024 dan ia sejajar dengan kerjasama strategik MBSB Bank dengan Liga Bolasepak Amatur (AFL).

 

Sementara itu, Pengerusi AFL, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, pihaknya amat gembira dengan program yang dimulakan oleh MBSB Bank dalam membantu pembangunan bola sepak amatur di negara ini. 

 

 

mbsb
Datuk Nor Azam M Taib (kanan) dan Datuk Mohd Yusoff Mahadi ketika pelancaran MBSB Bank Championship VISA Debit Card-i edisi terhad di Menara MBSB Bank di PJ Sentral, Petaling Jaya, Selangor pada 15 Ogos 2023.

 

 

"Ia adalah peluang yang sangat jarang tetapi platform terbaik kepada pemain untuk meningkatkan laluan kerjaya mereka. Saya percaya ia adalah impian walaupun untuk pemain profesional berlatih dengan kelab Liga Perdana Inggeris," katanya.

 

Katanya, pihaknya percaya Liga Kejuaraan MBSB Bank akan menghasilkan lebih ramai pemain berkualiti dalam masa terdekat. 

 

"Kami berbangga untuk mengatakan bahawa kami sudah mempunyai seorang pemain (dari Imigresen FC) telah dipanggil untuk pasukan kebangsaan U-23. Kami berharap lebih ramai pemain daripada kejohanan akan mewakili Malaysia suatu hari nanti dan kami berterima kasih atas sokongan yang diberikan oleh MBSB Bank," katanya.

 

Pada 15 Ogos 2023, pasukan dari AFL telah melawat MBSB Bank Cawangan Petaling Jaya yang terletak di Menara MBSB Bank di PJ Sentral untuk membuka akaun mereka sempena penglibatan dalam Liga Kejuaraan MBSB Bank 2023.

 

Sebanyak 13 pasukan yang hadir, termasuk Imigresen FC, Armed Forces FC, Naga FC, PIB FC, Melaka FC, KL Rovers FC, Manjung City FC, Harini FT, Malaysia University FT, Sarawak United FC, Bukit Tambun FC, Sains FC dan Perlis United FC.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kempen Winners Are Dreamers dan Dare To Dream, layari www.mbsbbank.com. - DagangNews.com