Maxis perkenal pelan fiber baharu dengan kelajuan lebih pantas sehingga 2Gbps | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Maxis perkenal pelan fiber baharu dengan kelajuan lebih pantas sehingga 2Gbps

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 27 Okt - Maxis memperkenalkan pelan-pelan Home Fibre dan Business Fibre baharu untuk menyediakan pengalaman WiFi yang lebih baik serta lebih nilai kepada pelanggan. 

 

Syarikat telekomunikasi itu memaklumkan, pelanggan Home Fibre jalur lebar Maxis juga boleh menikmati kelajuan yang lebih pantas sehingga 1 dan 2Gbps, manakala pelanggan Business Fibre boleh menikmati kelajuan sehingga 1 Gbps.

 

Sempena pelancaran tersebut katanya, pelanggan Maxis Home Fibre baharu akan menikmati harga promosi untuk 24 bulan pertama. 

 

"Ia termasuk penghala WiFi 6 generasi baharu, pemasangan, dan pemilikan peranti rumah yang lebih mudah melalui Home Zerolution untuk pengalaman WiFi yang terbaik. 

 

"Tambahan lagi, pelan Maxis Home Fibre 1Gbps baharu akan disertakan dengan langganan WiFi Max percuma yang memastikan liputan WiFi dinding ke dinding di dalam rumah pelanggan," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

 

Menurut kenyataan itu, Maxis Home Fibre juga menawarkan pelan 2Gbps baharu dengan kelajuan sebenar 2Gbps, supaya semua peranti boleh mengekalkan sambungan pada lebar jalur yang lebih tinggi. 

 

Tambahan lagi, Maxis merupakan syarikat telekomunikasi yang pertama di Malaysia untuk melancarkan pelan 2Gbps dengan penghala WiFi 6E untuk memberikan pengalaman WiFi yang lebih pantas.

 

Katanya, Maxis Business Fibre kini tersedia di seluruh negara pada kelajuan sehingga 1Gbps. Pelanggan Maxis Business Fibre baharu juga akan menikmati harga promosi untuk 24 bulan yang pertama. 

 

"Maxis ialah satu-satunya perkhidmatan jalur lebar di Malaysia yang menawarkan sandaran tanpa wayar 4G percuma supaya perniagaan-perniagaan sentiasa mengekalkan ketersambungan tanpa gangguan. 

 

"Pelan serba baharu Maxis Business Fibre juga disertakan dengan penghala WiFi 6 generasi baharu percuma dan talian suara dengan panggilan domestik tanpa had. Di samping itu, pelan 300Mbps dan ke atas juga menyediakan jaringan WiFi percuma, untuk liputan lebih meluas di dalam premis perniagaan," katanya.

 

Pelan-pelan baharu telah direka untuk memenuhi keperluan digital yang kian meningkat antara kalangan pengguna serta perniagaan. Selain penggunaan kandungan video dan alat produktiviti, kelajuan yang lebih pantas juga diperlukan memandangkan peningkatan dalam bilangan peranti dalam setiap isi rumah.

 

Ia adalah selaras dengan usaha Kerajaan Malaysia untuk meningkatkan kemampumilikan dan penggunaan fiber jalur lebar dalam negara, turut mempercepatkan aspirasi digitalnya. - DagangNews.com