Maxim E-hailing lancar ciri baharu mudahkan proses tempahan untuk penumpang | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Maxim E-hailing lancar ciri baharu mudahkan proses tempahan untuk penumpang

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 19 April - Maxim E-hailing melancarkan ciri baharu yang direka khas bagi memudahkan proses tempahan untuk penumpang dan pemandu. 

 

Syarikat e-hailing itu dalam kenyataan berkata, ciri baharu dikenali 'Saya Sudah Menuju Ke Kereta' itu akan muncul selepas tempahan dibuat daripada penumpang.

 

Katanya, ketika tempahan dibuat, pemandu lazimnya perlu meluangkan sedikit masa untuk menunggu penumpang di lokasi dan ada sesetengah penumpang yang tidak membalas mesej sehingga menyebabkan masa menunggu menjadi lebih lama. 

 

"Dengan adanya ciri baharu ini penumpang dapat menekan butang tersebut, dengan cara tidak langsung ia akan terus menghantar info kepada pemandu. 

 

"Pengguna hanya perlu menekan ciri butang tersebut sekiranya bersedia dan pemandu akan mendapat maklumat tersebut. 

 

"Ini dapat menjalinkan komunikasi secara dua hala tanpa perlu panggilan telefon atau mesej," katanya.

 

Menurut kenyataan itu, Maxim E-hailing juga berharap agar ciri terbaru ini dapat memanfaatkan semua.

 

 

maxim

 

 

Baru-baru ini, satu tinjauan telah dijalankan dan ia menunjukkan lebih kurang 10% tempahan lengkap menggunakan ciri terbaharu dan ini merupakan maklum balas yang baik yang mana pengguna menggunakannya. 

 

Katanya, bilangan pengguna yang menggunakan ciri baharu ini meningkat dari hari ke hari dan melalui ini pihaknya boleh menyatakan impak yang bagus telah dilaksanakan.

 

Seorang rakan pemandu yang dikenali sebagai Changgat berkata, dia gembira selepas mendapat tahu Maxim E-hailing mengambil inisiatif dengan penggeluaran ciri terbaharu. 

 

"Kini lebih mudah untuk saya mendapat informasi daripada penumpang. Bukan masalah untuk saya menunggu sedikit masa bagi mereka untuk sampai di lokasi, hanya perlu pengesahan dari penumpang yang mereka dalam perjalanan," katanya.

 

Bagi mencapai kepuasan dari pengguna dan pemandu, Maxim E-hailing sentiasa mencuba yang terbaik untuk melancarkan lebih banyak kemudahan melalui aplikasinya. - DagangNews.com