MAICSA jayakan 3 inisiatif lahir generasi setiausaha bertauliah, pentadbir profesional | DagangNews Skip to main content

MAICSA jayakan 3 inisiatif lahir generasi setiausaha bertauliah, pentadbir profesional

Presiden MAICSA, Simon Yeoh (dua dari kanan) bersama Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Datuk Petrus Gimband (dua dari kiri) dan Timbalan Pengarah, Pembaharuan Undang-undang, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Anil Joshi Hari Chand yang merupakan hakim untuk Anugerah Pentadbir Urus Profesional Belia
Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 2 Mei - Institut Setiausaha dan Pentadbir Bertauliah Malaysia (MAICSA) sedang merajui pelan penggantian bagi melahirkan generasi setiausaha bertauliah dan pentadbir profesional melalui pelbagai inisiatif pemerkasaan belia yang dinamik. 

 

Inisiatif-inisiatif itu bertujuan menggerakkan usaha dalam kalangan setiausaha bertauliah dan pentadbir professional merangkumi tiga inisiatif penting termasuk pelancaran Anugerah Pentadbir Urus Profesional Belia, penubuhan Kumpulan Kerja Setiausaha Syarikat Belia dan penubuhan Toastmasters untuk belia.

 

Presiden MAICSA, Simon Yeoh berkata, sebagai institit tadbir urus yang unggul, mereka komited membentuk pemimpin korporat masa dengan komitmen yang tinggi terhadap etika dan tadbir urus. 

 

"Melalui inisiatif Anugerah Pentadbir Urus Profesional Belia, kami membina laluan ke arah kecemerlangan dan seterusnya meninggalkan jejak kekal pada landskap tadbir urus

 

"Tahun ini kami melancarkan edisi kedua anugerah ini bagi meraikan bakat dan dedikasi belia sekali gus mempamerkan kemuncak kecemerlangan,” kata dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Kumpulan Kerja Setiausaha Syarikat Muda berfungsi sebagai platform menyeluruh dalam menghadapi pelbagai aspek, termasuk mengenal pasti keperluan dari segi latihan, menggalakkan program bimbingan (termasuk latihan amali), dan meningkatkan jaringan kerjasama.

 

Pengerusi kepada kumpulan kerja ini, Ivy Chin, yang juga Ahli Majlis Tertinggi MAICSA, menekankan fokusnya untuk mewujudkan jaringan dengan ahli-ahli muda boleh berhubung, menyumbangkan serta menzahirkan bakat sambil memupuk semangat kekitaan yang mendalam. 

 

Satu lagi inisiatif pemerkasaan belia ialah aktiviti dan mesyuarat yang dianjurkan oleh kelab Toastmasters MAICSA yang merupakan gabungan dengan kelab Toastmasters International. 

 

Ditubuhkan pada 12 Jun 2001, Kelab Toastmasters MAICSA memberi tumpuan kepada mengasah kebolehan pengucapan awam dan kepimpinan di kalangan belia.
 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAICSA, Justin J Anthony berkata, selaras dengan seruan kerajaan bagi memperkasakan belia, pihaknya akan terus berusaha melahirkan generasi setiausaha bertauliah dan pentadbir urus profesional. 

 

"Memperkasakan belia bukan sekadar misi tetapi keperluan dalam membentuk masa hadapan yang lebih cerah. Apabila tadbir urus baik dilaksanakan, kami berupaya mengukuhkan asas untuk landskap korporat yang lebih padu dan membuka jalan ke arah negara Malaysia yang makmur dan membangun,” katanya. - DagangNews.com