Maggi perkenal hidangan klasik Malaysia, Mi Goreng Laksa Warisan baharu | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Maggi perkenal hidangan klasik Malaysia, Mi Goreng Laksa Warisan baharu

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 13 Jun - Bagi meraikan cinta rakyat Malaysia terhadap laksa, Maggi memberi penghormatan kepada kepelbagaian warisan dan budaya dimiliki hidangan klasik itu dengan memperkenalkan Maggi Mi Goreng Laksa Warisan baharu dengan rasa autentik serta aroma memikat selera.     

 

Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Bhd, Juan Aranols berkata, sebagai sebuah jenama dengan sejarah lebih 50 tahun serta memiliki tempat di hati rakyat Malaysia, Maggi dengan bangga meraikan warisan dalam semua produk mereka. 

 

"Kami amat gembira menjadi sebahagian daripada sambutan hidangan laksa Malaysia yang lazat di samping memperkenalkan inovasi produk terbaharu kami, Maggi Mi Goreng Laksa Warisan, yang mencerminkan warisan kulinari negara yang pelbagai dan tersendiri," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Turut hadir pada pelancaran tersebut, Cef Selebriti, Anis Nabilah dan Profesor Warisan Makanan dan Budaya Malaysia Fakulti Sains dan Teknologi Makanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Shahrim Karim.

 

Pegawai Eksekutif Perniagaan Maggi Nestlé (Malaysia) Bhd, Ivy Tan berkata, menjelaskan, sebagai jenama isi rumah yang dipercayai di Malaysia, Maggi berhasrat untuk menyampaikan produk yang merangkumi cita rasa Malaysia sebenar. 

 

"Terima kasih kepada usaha berterusan dan kepakaran kulinari cef-cef Maggi, kami telah memberikan sentuhan moden kepada laksa yang mendorong kepada pengenalan inovasi terbaru kami, Maggi Mi Goreng Laksa Warisan," katanya.

 

Menurut Ivy, selaras dengan janji jenama Maggi untuk membantu rakyat Malaysia ‘Menyajikan Kelainan’, pihaknya terus memberikan pilihan makanan berkualiti tinggi untuk pengguna yang mencari hidangan mudah disediakan dan sedap. 

 

 

maggi

 

 

Katanya, Maggi Mi Goreng Laksa Warisan diperbuat dengan 100% gandum Australia, yang merupakan sumber protein dan karbohidrat yang baik. 

 

"Daripada bahan-bahan berkualiti tinggi kepada kawalan kualiti yang ketat, Maggi komited untuk memberikan yang terbaik daripada dapurnya kepada pengguna," katanya.

 

 

maggi

 

 

Sementara itu, Shahrim pula berkata, laksa merupakan hidangan ikonik Malaysia yang benar-benar melangkaui budaya dan wilayah serta berkembang menjadi pelbagai variasi.

 

"Daripada Laksa Kari yang paling lazim kepada versi yang lebih inovatif seperti Asam Laksa, Laksa Sarawak, Laksa Nyonya dan Laksa Johor, Keistimewaan laksa terletak pada rasanya yang kompleks dan aromatik. 

 

 

maggi

 

 

"Laksa yang enak memerlukan keseimbangan antara pelbagai ramuan dimasak perlahan sehingga ‘pecah minyak’. Langkah ini penting untuk rasa Laksa yang sempurna seterusnya mencapai keenakan masakan yang sebenar," katanya. - DagangNews.com