KUALA LUMPUR 14 Jun - Luno Malaysia melantik Publicis Media sebagai rakan agensi medianya untuk menguruskan semua strategi, perancangan dan pembelian media untuk Luno di Malaysia.
Luno Malaysia membuat pelantikan itu berikutan persaingan yang kompetitif antara pelbagai agensi di Malaysia.
Pengurus negara Luno Malaysia Aaron Tang berkata sepanjang proses pemilihan, Publicis Media menunjukkan pengetahuan yang kukuh tentang perniagaan Luno, khalayak sasaran dan cita-citanya untuk mempromosikan celik kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia.
"Kami berharap dapat bekerjasama dengan mereka sambil kami terus menjadikan mata wang kripto lebih mudah diakses oleh semua orang dan menyediakan pelabur dengan sumber untuk meneroka ruang aset digital dengan selamat," kata Tang dalam satu kenyataan.
Sementara itu, rakan kongsi urusan Publicis Media Abhishek Bhattacharjee berkata Luno Malaysia berada pada fasa yang menarik, dan syarikat itu teruja untuk bekerjasama dengan mereka dalam perjalanan ini.
"Dengan pendekatan tertumpu data kami di Publicis Media, kami berharap dapat mengumpulkan minda kripto terbaik kami di seluruh syarikat.
"Ini akan dilakukan untuk menerima cabaran baharu dan meningkatkan pertumbuhan jenama Luno dalam kategori aset digital yang diterajui Luno," kata Bhattacharjee.

Sejak ditubuhkan pada 2013, Luno telah mengumpulkan lebih 10 juta pelanggan di 40 negara.
Khususnya di Malaysia, Luno adalah yang pertama didaftarkan sebagai pengendali pasaran terkawal dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan merupakan bursa aset digital terkawal terkemuka di Malaysia. - DagangNews.com








