Lencongan trafik sementara laluan motosikal di Lebuhraya Shah Alam mulai 14 Disember hingga 15 Januari 2024 | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Lencongan trafik sementara laluan motosikal di Lebuhraya Shah Alam mulai 14 Disember hingga 15 Januari 2024

Gambar hiasan
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 14 Dis - Lencongan trafik sementara akan dilaksanakan bagi laluan motosikal ke laluan kecemasan utama di Lebuhraya Shah Alam (LSA) secara berperingkat di kedua-dua arah, mulai hari ini hingga 15 Januari 2024.

 

West Coast Expressway Sdn Bhd (WCE) memaklumkan, pelaksanaan lencongan trafik sementara itu melibatkan lokasi di KM 22.7 - 23.1 dan KM 24.0 - 24.3 (Arah Timur), serta KM 24.3 – 24.0 dan KM 23.1 – 22.9 (Arah Barat).

 

"Pelaksanaan lencongan trafik sementara bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan Persimpangan SAE, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (Taiping-Banting) dijalankan," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

 

 

wce

 

 

Katanya, pengguna LSA dinasihatkan berhati-hati serta mematuhi arahan papan tanda dan petugas trafik di lokasi berkenaan sepanjang tempoh pelaksanaan kerja-kerja tersebut. - DagangNews.com