Lazada wujudkan platform LazadaForGood galak orang ramai menyumbang kepada badan amal | DagangNews Skip to main content

Lazada wujudkan platform LazadaForGood galak orang ramai menyumbang kepada badan amal

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 23 Mac - Lazada Malaysia mewujudkan platform LazadaForGood dalam usaha menggalakkan orang ramai untuk menghulurkan sumbangan ikhlas bagi membantu lebih banyak badan amal di negara ini. 

 

Ketua Pegawai Operasi Lazada Malaysia, Darren Rajaratnam berkata,  pihaknya sentiasa komited dalam membawakan perubahan positif dalam usaha membantu komuniti yang memerlukan.

 

Selain kejayaan merangsang perkembangan industri e-Dagang sepanjang 10 tahun yang lepas, pihaknya amat berbesar hati apabila teknologi di platform Lazada dapat dimanfaatkan untuk menghubungkan rakyat dengan badan amal seta mereka yang memerlukan bantuan.

 

"Menerusi LazadaForGood serta sokongan dan kepercayaan masyarakat serta rakan-rakan NGO, kami akan terus berusaha untuk meningkatkan kesedaran dan membantu golongan yang memerlukan dengan cara yang lebih bermakna," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Bermula hari ini hingga 31 Mac 2022, orang ramai boleh melakukan sumbangan dengan cara selamat menerusi platform digital LazadaForGood bagi menyokong  usaha bantuan banjir dan pemulihan pasca bencana, bantuan makanan, penjagaan pesakit paliatif, sokongan perubatan dan penjagaan kesihatan dan kebajikan haiwan. 

 

Sumbangan boleh disalurkan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti MERCY Malaysia, MyFundAction, Malaysia Red Crescent, The Lost Food Project, Hospis Malaysia, SPCA, Islamic Relief Malaysia dan UNICEF.

 

lazada

 

Orang ramai hanya perlu melayari LazadaForGood di https://s.lazada.com.my/s.eKYQu  dengan menambah item atau sumbangan ke dalam troli dan sahkan pembelian dengan membuat bayaran sumbangan yang telah dipilih.

 

Selepas sumbangan itu diterima, NGO yang terlibat dengan platform LazadaForGood akan mengagihkan sumbangan dan dana tersebut kepada komuniti yang memerlukan. - DagangNews.com