Amerika Syarikat di bawah kepimpinan Donald Trump baru sahaja mengumumkan polisi tarif kepada seluruh dunia. Saya tidak mahu mengulas isu tarif ini panjang lebar kerana ia telahpun dikupas oleh ahli ekonomi di seluruh dunia.
Daripada semua ulasan tersebut, kita boleh mengandaikan bahawa kedegilan Amerika Syarikat akan memberi kesan negatif yang signifikan ekonomi global.
Malaysia juga tidak terkecuali daripada menerima kesan ini kerana Malaysia sebagai sebuah negara kecil adalah sebuah negara dagang dengan 2/3 daripada pengeluaran produk kita ialah untuk pasaran eksport. Amerika Syarikat ialah rakan dagang ketiga terbesar untuk Malaysia selain daripada China.
Tarif ialah cukai import yang dikenakan kepada barangan/perkhidmatan yang datang dari negara luar. Tarif 24% yang dikenakan Amerika akan menyebabkan harga barangan/perkhidmatan kita menjadi lebih mahal dan sekaligus melemahkan permintaan daripada pasaran Amerika.
Kesannya? Kapasiti pengeluaran pengilang tempatan akan dikurangkan.
Pendapatan syarikat akan berkurangan sekaligus menyebabkan mereka mengurangkan kos terutamanya pembelian bahan-bahan mentah, pelaburan di dalam teknologi terbaru termasuklah pemberhentian pekerja. Semua ini perlu dilakukan bagi memastikan syarikat akan terus ‘survive’ pada masa hadapan.
Kesan tarif ini kepada rantaian ekonomi dunia amat buruk sekali. Dunia mungkin akan memerlukan masa beberapa tahun untuk mendepani keadaan ini sebelum dunia menentukur semula sistem ekonomi kepada lanskap yang baru. Sebenarnya ekonomi dunia juga belum pulih sepenuhnya daripada kesan Covid-19.
LANSKAP EKONOMI BERUBAH SELEPAS COVID-19
Saya sedih melihat rakan-rakan sebaya saya (berumur 45-55 tahun) yang kehilangan pekerjaan ketika Covid-19, masih terkial-kial mencari rezeki kerana gagal mendapat pekerjaan yang baru. Logiknya majikan hari ini tidak akan menggaji pekerja di dalam lingkungan umur sebegitu bagi posisi pengurusan pertengahan walaupun mereka berpengalaman.
Kecualilah jika mereka ini memang sangat-sangat bagus untuk mengisi posisi pengurusan atasan (C suite dan ke atas), majikan lebih rela mengambil masa melatih bakat-bakat muda untuk kedudukan pengurusan pertengahan yang pastinya kos gajinya lebih murah dan lebih senang dibentuk mengikut ‘mould’ yang majikan mahukan.
Akibatnya ramai rakan sebaya saya ini terpaksa bekerja bertungkus-lumus di dalam industri e-hailing. Pendapatannya tidaklah seberapa bagi risiko besar di jalanan yang perlu dihadapi namun ia perlu dilakukan.
Mereka ini mempunyai anak yang sedang belajar serta tanggungan kos seperti bayaran ansuran rumah, kad kredit dan sebagainya. Tanpa risiko kemelesetan ekonomi pun kehidupan mereka sudah sedia susah.
APA JADI JIKA KITA MENINGGAL DUNIA DI DALAM KEADAAN EKONOMI MELESET?
Kita perlu faham bahawa apabila kita meninggal dunia, ada kos yang perlu dibayar oleh waris bagi menguruskan harta pusaka kita melalui proses perundangan yang telah ditetapkan.
Jika waris membuat keputusan menguruskan sendiri kes itu, mereka perlu berbelanja untuk kos perjalanan kerana perlu pergi ke pejabat tanah dan semua ejensi yang berkenaan bagi proses dokumentasi.
Selain memerlukan ilmu yang mencukupi untuk proses perundangan itu, mereka pastinya perlu juga untuk meluangkan masa bagi melalui semua proses berkenaan.
Apabila proses perbincaraan selesai, mereka juga perlu membayar untuk semua perintah yang dikeluarkan sama ada oleh Pejabat Pusaka Kecil mahupun Mahkamah Tinggi Sivil.
Sekiranya pelaburan wang, tenaga dan masa ini tidak boleh ditunaikan oleh waris-waris, maka proses pengurusan harta pusaka itu akan tertangguh atau bergerak lambat.
Sekiranya waris memilih untuk menggunakan perkhidmatan profesional pihak ketiga pula, mereka perlu membayar fi pengurusan pusaka anggaran di antara 0.5% sehingga 5% daripada nilai harta pusaka tidak termasuk fi-fi rampaian lain seperti fi buka fail (ketika proses pengurusan harta pusaka ingin dimulakan), fi guaman, fi carian hartanah, fi perjalanan dan sebagainya.
Jika kita meninggal dunia di dalam keadaan ekonomi bagus dan waris-waris hidup selesa, harta pusaka yang mereka terima hanyalah satu bonus tambahan dalam kehidupan mereka.
Namun jika kita meninggal dunia di dalam keadaan ekonomi resesi dan waris-waris hidup susah, harta pusaka yang kita tinggalkan ini ialah satu ‘lifeline’ atau penyambung jaya untuk mereka.
Dalam erti kata lain, pada ketika ekonomi meleset, ia lebih kritikal untuk kita merancang harta supaya jika kita meninggal dunia waris-waris akan menerima harta pusaka kita dengan lebih mudah dan cepat. Pastinya ia amat membantu kepada waris dalam meneruskan kehidupan mereka.
BAGAIMANA WASIYYAH SHOPPE MEMBANTU?
Semenjak ditubuhkan pada 2004, Wasiyyah Shoppe Berhad sentiasa mencari jalan bagaimana urusan harta pusaka dapat dibuat tanpa mengenakan sebarang caj perkhidmatan kepada waris atau harta pusaka dipotong bagi tujuan ini.
Maka kami memperkenalkan perkhidmatan Al-Wasitah iaitu perkhidmatan pengurusan harta pusaka PERCUMA kepada waris yang pertama di Malaysia.
Dengan melanggan perkhidmatan ini, Wasiyyah Shoppe Berhad akan membantu waris melalui semua proses pengurusan harta pusaka baik di Pejabat Pusaka Kecil mahupun di Mahkamah Tinggi Sivil secara PERCUMA.
Waris tidak perlu membayar sebarang fi pengurusan pusaka kepada kami (0.5% sehingga 5% seperti yang dikenakan pihak profesional lain di dalam industri), tiada fi rampaian dikenakan (fi guaman, fi carian hartanah, fi buka fail dan sebagainya) dan harta pusaka juga akan diterima waris 100% tanpa sebarang potongan.
Sehingga hari ini lebih daripada 30,000 orang telah mendapatkan perkhidmatan ini. Lebih daripada 500 orang telah meninggal dunia dan kesemua waris mereka telah menerima perkhidmatan pengurusan harta pusaka PERCUMA tanpa perlu membayar apa-apa fi pun.
Wasiyyah Shoppe Berhad juga memperkenalkan perkhidmatan Hibah Komprehensif di mana proses pengesahan hibah yang dibuat di Mahkamah Syariah juga tidak akan dikenakan sebarang fi kepada waris.
Mereka tidak perlu membayar fi guaman, fi buka fail, fi perbicaraan dan apa-apa fi pun. Proses ini akan dilaksanakan secara PERCUMA melalui 21 peguam syariah panel Wasiyyah Shoppe Berhad yang ada di seluruh Malaysia.
Harta yang telah dihibah akan terkeluar daripada harta pusaka dan akan diterima oleh penerima hibah seperti yang dimaksudkan oleh anda.
Pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan Al-Wasitah dan Hibah Komprehensif ini telah memastikan bahawa sekiranya mereka meninggal dunia, waris-waris akan menerima harta pusaka dan penerima hibah akan memiliki harta yang dihibah mereka dengan mudah, tepat, cepat dan PERCUMA.
BUKANKAH LEBIH BAIK ANDA TINGGALKAN WARIS DALAM KEADAAN SENANG BERBANDING DITINGGALKAN DALAM KEADAAN SUSAH?
Di dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar dengan potensi ekonomi berdepan resesi di dalam jangkamasa terdekat, bukankah lebih baik anda merancang harta dengan Wasiyyah Shoppe Berhad melalui perkhidmatan Al-Wasitah dan Hibah Komprehensif kami bagi memudahkan waris-waris anda?
Kaedah bayaran yang mudah iaitu bayaran ansuran bulanan juga akan memberi akses mudah kepada anda untuk perkhidmatan unik ini.
RANCANGLAH HARTA ANDA HARI INI DI WASIYYAH SHOPPE BERHAD
Para pembaca sekelian, kita tidak boleh menjangka bila kita akan mati. Sekiranya kita mati dalam keadaan ekonomi baik dan waris-waris juga telah dewasa dan mempunyai sumber pendapatan mereka sendiri, pastinya harta pusaka yang kita tinggalkan ini adalah sekadar bonus dan bukti kasih sayang kita terhadap mereka.
Namun jika kita mati dalam keadaan waris di bawah umur 18 tahun, seperti banyak kes kemalangan maut yang kita baca ketika musim raya baru-baru ini di mana anak menjadi yatim piatu sekelip mata atau mereka tiada pekerjaan (bagi waris di atas umur 18 tahun) dan keadaan ekonomi pula merudum, pastinya harta pusaka kita akan menjadi penyelamat kepada kehidupan mereka.
Anda mempunyai pilihan untuk merancang harta bagi memastikan waris-waris anda dapat meneruskan kehidupan dengan selesa walaupun ketika ekonomi merudum melalui Wasiyyah Shoppe Berhad.
Gunakan pilihan itu. - DagangNews.com
KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL ANEKDOT MAWARITH









