KLCI dibuka tinggi sedikit | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

KLCI dibuka tinggi sedikit

 

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
[email protected]

 

KUALA LUMPUR 4 Mei - Pasaran saham tempatan berjaya dibuka tinggi sedikit pada dagangan pagi ini selepas ‘terperosok’ di bawah paras 1,600 petang semalam.

 

Ketika dibuka pada 9 pagi, indeks penanda aras pasaran utama di Bursa Malaysia, FBM KLCI menokok 0.94 mata untuk mencecah 1,591.67.

 

Dagangan pada pagi ini juga berprestasi agak positif apabila jumlah kaunter untung iaitu, 251 mengatasi 128 kaunter rugi. 

 

Antara saham yang mengungguli kaunter untung adalah Gopeng Berhad, mTouche Technology Berhad, Box-Pak (Malaysia) Berhad, Duopharma Biotech Berhad, Sarawak Oil Palms Berhad dan Ta Ann Holdings Berhad. - DagangNews.com