Kimlun raih kontrak bernilai RM238 juta untuk pembinaan dua blok apartment servis di Selangor | DagangNews Skip to main content

Kimlun raih kontrak bernilai RM238 juta untuk pembinaan dua blok apartment servis di Selangor

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 1 Jun - Kimlun Corporation Berhad menerusi anak syarikatnya, Kimlun Sdn. Bhd. meraih kontrak bernilai RM237.63 juta daripada Bayu Melati Sdn. Bhd.

 

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, kontrak itu melibatkan kerja-kerja pembinaan bangunan utama dua blok apartmen servis di Selangor.

 

"Projek itu dijangka siap sepenuhnya pada penghujung Januari 2027," katanya.

 

Projek itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan itu bagi tahun kewangan dalam tempoh kontrak.

 

Tiada pengarah dan/atau pemegang saham utama syarikat atau orang yang berkaitan dengan mereka mempunyai sebarang kepentingan, secara langsung atau tidak langsung dalam kontrak berkenaan.
 

Terdahulu, kumpulan itu kontrak bernilai RM94.5 juta daripada Horizon Hills Development Sdn. Bhd. untuk kerja-kerja bangunan utama bagi 78 unit pejabat kedai dan pusat beli-belah dengan kemudahan di Mukim Pulai, Johor.

 

Projek itu dijangka siap menjelang suku kedua 2025. - DagangNews.com