KGW Group meterai perjanjian taja jamin bersama TA Securities untuk penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

KGW Group meterai perjanjian taja jamin bersama TA Securities untuk penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 12 Jun - KGW Group Berhad memeterai perjanjian taja jamin dengan TA Securities untuk tawaran awam permulaan (IPO) dan penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia yang akan berlangsung pada 13 April 2023.

 

IPO itu melibatkan  terbitan awam sebanyak 79.66 juta saham atau 16.5% daripada modal saham kumpulan yang diperbesarkan dan tawaran untuk jualan sebanyak 43.45 juta saham yang mewakili 9% daripada jumlah saham kumpulan yang diperbesarkan. 

 

Sejumlah 24.14 juta saham terbitan mewakili 5% daripada modal saham yang diperbesarkan untuk permohonan orang ramai Malaysia, dengan separuh daripadanya adalah untuk pelabur bumiputera.

 

Sejumlah 9.66 juta saham terbitan mewakili 2% daripada modal saham yang diperbesarkan untuk permohonan oleh pengarah, pekerja dan individu yang layak yang telah menyumbang kepada kejayaan kumpulan manakala 7.24 juta saham terbitan mewakili 1.5% daripada modal saham yang diperbesarkan yang disediakan melalui penempatan persendirian kepada pelabur terpilih.

 

Sebanyak 38.62 juta saham terbitan mewakili 8.0% daripada modal saham yang diperbesarkan yang disediakan melalui penempatan persendirian kepada pelabur bumiputera yang diluluskan oleh MITI.

 

Pada masa sama, 21.73 juta saham tawaran mewakili 4.5% daripada modal saham yang diperbesarkan yang disediakan melalui penempatan persendirian kepada pelabur terpilih manakala 21.73 juta saham tawaran mewakili 4.5% daripada modal saham yang diperbesarkan yang disediakan melalui penempatan persendirian kepada pelabur bumiputera yang diluluskan oleh MITI.

 

TA Securities akan menaja jamin 24.14 juta saham terbitan yang disediakan kepada orang ramai Malaysia.

 

Pengarah Urusan Kumpulan KGW, Datuk Roger Wong berkata, pihaknya mempunyai rancangan untuk mempelbagaikan fokus dan perkhidmatan dalam perniagaan perkhidmatan logistik dan IPO itu akan membantu pihaknya.

 

"Kami gembira untuk bekerjasama dengan TA Securities untuk mempercepatkan penyenaraian di Pasaran ACE. 

 

"Rancangan masa depan kami termasuk mengembangkan perniagaan perkhidmatan logistik, mengembangkan perkhidmatan pergudangan dan pengedaran untuk produk dan peranti berkaitan penjagaan kesihatan dan, mencari peluang melalui penyediaan penyelesaian e-dagang yang disokong oleh perkhidmatan logistik kami," katanya. - DagangNews.com