Kerugian Brahim's melebar kepada RM6.54 juta | DagangNews Skip to main content

Kerugian Brahim's melebar kepada RM6.54 juta

KUALA LUMPUR 19 Ogos – Brahim's Holdings Bhd merekodkan penurunan pendapatan kepada RM6.54 juta bagi suku kedua berakhir 31 Jun 2021, berbanding RM8.06 juta pada tempoh sama 2020.

 

Kerugian bersihnya melebar kepada RM6.54 juta bagi suku dikaji berbanding kerugian bersih sebanyak RM3.42 juta dalam suku sama terdahulu.

 

Perniagaan katering dalam penerbangan dan perkhidmatan berkaitan terkesan oleh krisis pandemik COVID-19 yang berterusan.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata segmen katering dalam penerbangan dan perkhidmatan berkaitan mencatatkan kerugian operasi RM12.66 juta berbanding kerugian RM23.25 juta dalam suku sama tahun lalu, peningkatan sebanyak 46%, lapor Bernama.

 

Sementara itu, segmen logistik dan perkhidmatan berkaitan dalam suku dikaji rugi sebanyak RM80,000, penurunan 116% berbanding suku sama tahun lalu, yang mencatatkan keuntungan sebanyak RM488,000.

 

"Dalam suku kedua 2021, kumpulan merekodkan penurunan 18.88% pendapatan kepada RM6.54 juta berbanding dengan RM8.96 juta dalam tempoh sama 2020," katanya. – DagangNews.com