Kenanga Research unjur kedudukan Boilermech semakin kukuh dalam segmen RE selepas pengambilalihan Tera | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Kenanga Research unjur kedudukan Boilermech semakin kukuh dalam segmen RE selepas pengambilalihan Tera

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 3 Jan - Kenanga Research mengunjurkan Boilermech Holdings Berhad akan mengukuhkan kedudukannya dalam ruang tenaga boleh diperbaharui (RE) selepas mengambil alih Tera Sdn. Bhd.

 

Tera merupakan syarikat yang terlibat dalam pemasangan produk tenaga suria dan barangan jentera elektrik.

 

Firma itu berkata, berdasarkan unjuran, pengambilalihan itu akan meningkatkan keuntungan bersih Boilermech sebanyak 3% hingga 4% untuk FY23 dan FY24.

 

"Pengambilalihan itu bagaimanapun, akan mengurangkan tunai bersih Boilermech sebanyak RM62.7 juta pada akhir September 2022 kepada RM54.5 juta.

 

"Kami positif dengan langkah terbaru Boilermech ini, yang akan mengukuhkan kehadirannya di ruang RE," katanya dalam satu nota kajian.

 

Firma itu berkata, pengambilalihan itu akan memberi jaminan keuntungan sebanyak RM4.2 juta dalam tempoh yang tidak ditentukan dengan Tera bernilai sebanyak RM23.4 juta.

 

Firma itu juga mengekalkan saranan 'outperform' terhadap Boilermech dengan harga sasaran (TP) 83 sen.

 

"Boilermech mempunyai pangkalan pelanggan yang kukuh dengan nama ternama dalam industri seperti Kuala Lumpur Kepong Berhad, Wilmar Group, Sime Darby Bhd, Boustead Holdings Berhad dan Tradewinds Group.

 

"Antara risiko terhadap seruannya termasuk pengilang minyak sawit mendail semula rancangan belanjawan mereka mengenai kejatuhan mendadak harga MSM, kenaikan kos input, dan risiko yang berkaitan dengan operasi dalam ekonomi membangun," katanya. - DagangNews.com