Kejadian `solar storm' dijangka berlaku 2024, tiada apa perlu dibimbangkan - Pakar Astronomi UniSZA | DagangNews Skip to main content

Kejadian `solar storm' dijangka berlaku 2024, tiada apa perlu dibimbangkan - Pakar Astronomi UniSZA

Kejadian ribut suria ini boleh menganggu medan magnet bumi dan menghasilkan Geomagnetically Induced Currents (GIC) yang boleh menganggu bekalan kuasa & elektrik di Bumi - Infografik https://svs.gsfc.nasa.gov/
Oleh Prof Madya Ts. Dr. Roslan Umar

Apa itu angin suria?

Angin suria merupakan aliran berterusan plasma solar dan medan magnet yang berpunca dari Matahari. Angin suria ini dihasilkan di kawasan lapisan korona Matahari.

 

Biasanya, halaju angin suria adalah lebih kurang dalam 300 hingga 500 km sesaat. Manakala ribut suria adalah gangguan utama magnetosfera Bumi yang berlaku apabila terdapat pertukaran tenaga yang sangat efisien daripada angin suria  ke persekitaran angkasa termasuk Bumi.

 

Ribut ini berlaku akibat variasi dalam angin suria yang menghasilkan perubahan besar dalam arus, plasma, dan medan magnetosfera Bumi. 

 

Plasma pula merupakan gas yang mengandungi ion bebas dan elektron yang berkelajuan tinggi dan mampu mengalirkan arus elektrik dan sangat dipengaruhi oleh medan magnet. Contoh mudah plasma adalah lapisan ionosfera bumi.

 

 

Prof Madya Ts. Dr. Roslan Umar
                 Prof Madya Ts. Dr. Roslan Umar

 


Hubungan angin suria dengan fenomena ribut suria sgt berkait rapat

Keadaan angin suria yang berkesan untuk mencipta ribut geomagnetik dalam jangka masa yang berterusan (mungkin selama beberapa jam hingga beberapa jam) dengan angin suria berkelajuan tinggi, dan yang paling penting, medan magnetik angin suria yang mengarah ke selatan (berlawanan arah dengan medan Bumi) di bahagian siang magnetosfera.

 

Keadaan ini berkesan untuk memindahkan tenaga dari angin solar ke dalam magnetosfera Bumi seterusnya menyebabkan ribut suria. 

 

Aktiviti aktiviti suria yang menyebabkan ribut suria

Ribut suria terbentuk apabila kepekatan tinggi zarah bermuatan elektrik iaitu berlaku daripada berlakunya aktiviti aktiviti matahari seperti tompok matahari (sun spot), lentingan jisim korona (CME) dan suar suria yang berinteraksi dengan atmosfera Bumi melalui angin suria.

 

Ribut suria terbesar

Ribut solar terbesar dan paling teruk biasanya berkaitan dengan aktiviti suria yang kuat, khususnya suar suria yang sangat kuat dan Lentingan Jisim Korona (CME) yang besar.

 

Saiz dan impak ribut geomagnetik bergantung kepada pelbagai faktor, termasuk kekuatan aktiviti solar dan interaksinya dengan magnetosfera Bumi. 

 

 

parafrasa

 

 

Berikut adalah akriviti matahari utama yang boleh menyebabkan ribut geomagnetik terbesar 

Pertama Suar suria, suar suria Kelas X adalah yang paling kuat, dan apabila ia berlaku, ia akan melepaskan jumlah tenaga yang signifikan, termasuk zarah bertenaga tinggi (plasma).

 

Jika Suar suria Kelas X diarahkan ke Bumi, ia boleh memberi impak besar kepada persekitaran geomagnetic bumi. Kesan ini boleh dilihat pada aurora yg berlaku di kawasan kutub bumi.

 

Keaktifan matahari mengambil masa selama 11 tahun dan ia dikenali sebagai kitaran suria. Kitaran suria ialah tempoh kitaran aktif Matahari iaitu yang diukur sejak beberapa abad yang lalu.

 

National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) menjangkakan pada tahun 2024 akan terjadi solar maksimum atau aktiviti suria maksimum.

 

Kedua ialah Lentingan Jisim Korona (CME) Besar: CME merupakan letusan besar angin suria dan medan magnetik yang berlaku di korona matahari yang dilepaskan ke angkasa.

 

Saiz dan kelajuan CME memainkan peranan penting dalam menentukan impaknya ke atas magnetosfera Bumi. Jika CME besar diarahkan ke Bumi dan mencapainya, ia boleh menyebabkan gangguan geomagnetik yang sangar besar.

 

 

parafrasa

 

 

KESAN RIBUT SOLAR KEPADA BUMI DAN MANUSIA

Kejadian ribut suria ini boleh menganggu medan magnet bumi dan menghasilkan Geomagnetically Induced Currents (GIC) yang boleh menganggu bekalan kuasa & elektrik di Bumi disebabkan cas terlebih (overcharge) tetapi kesanya terlalu lemah Ini berdasarkan rekod-rekod kejadian yang lepas.

 

Kesan lain yang boleh dilihat adalah ganguan kepada sistem telekomunikasi gelombang radio atau dikenali sebagai ganguan ionosfera mendadak (SID). 

 

Dan sebenarnya bagi penduduk bumi bertuah kerana Allah SWT telah melindungi bumi dengan lapisan atmosfera dan medan magnet magnet tersendiri di sekelilingnya.

 

Berbalik pada isu yang tular dalam TikTok dan media sosial...

Bumi akan dilanda ‘solar storm’ yang kuat tahun depan 2024. Para saintis meramalkan kita akan mencapai 'solar maximum' pada 2024 - dengan suar yang cukup kuat untuk melumpuhkan internet dunia selama beberapa minggu fenomena ribut suria ini sentiasa berlaku.

 

Orang awam tidak perlu panik dgn viral itu kerana fenomena in adalah fenomena yang biasa dan sentiasa terjadi cuma bezanya lemah dan kuat sahaja.

 

Kesan fenomena ini boleh dilihat pada kejadian aurora di kawasan kutub bumi dan Aurora itu sebenarnya bukti kewujudan fenomena tersebut. - DagangNews.com

 

Prof Madya Ts. Dr. Roslan Umar merupakan penyelidik bidang astronomi di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Penyelidik juga merupakan Pengarah Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI)