Kafe Makanan Warisan Mesir Yang Pertama Di Sabah | DagangNews Skip to main content

Kafe Makanan Warisan Mesir Yang Pertama Di Sabah

Ahmed Yousry dan Shayma Arafa di hadapan kafe 10 'N Go, Kota Kinabalu.
Oleh DOMINIC G. JOSEPH 

KOTA KINABALU 26 Feb - Satu tarikan utama pelawat yang melancong ke Sabah ialah menjamu selera di restoran-restoran makanan laut yang terkenal. Disukai bukan sahaja segar tetapi juga berharga berpatutan!

 

Walau bagaimanapun, jenis-jenis makanan lain juga telah menjadi popular dalam kalangan pelancong dan juga penduduk tempatan. 

 

Satu daripada makanan yang semakin menjadi popular ialah makanan dan hidangan tulen Mesir. Kafe makanan warisan Mesir yang pertama di Sabah iaitu 10 'N GO, membuka pintunya pada tahun 2021 oleh pasangan suami isteri, Ahmed Yousry dan Shayma Arafa.

 

Keluarga mereka mempunyai sejarah yang lama dan reputasi dalam perniagaan makanan serta pengurusan kafe di Iskandariah, Mesir. 

 

Ahmed berkata, Mesir sememangnya terkenal dengan warisan dan sejarah purbanya tetapi sejarah asal-usul masakan Mesir masih lagi terpelihara hingga ke hari ini.

     

Menurutnya, bagi memastikan rasanya kekal sama, setiap hidangan asli Mesir yang disediakan oleh 'Masterchef' menggunakan bahan-bahan masakan asli  yang berasal dari Mesir.

 

''Sekiranya anda berpeluang melawat Mesir, apa yang anda nikmati di kafe keluarga kami, rasanya pasti sama dengan masakan kami di Kota Kinabalu," kata Ahmed kepada DagangNews.com baru-baru ini.


 

mesir
Pasangan suami isteri Ahmed Yousry dan Shayma Arafa yang mengusahakan kafe 10 'N GO di Kota Kinabalu.

 

mesir

 

 

msir

 


"Saya mahu memastikan bahawa pelanggan kami dapat menikmati rasa sebenar Mesir dan masakan terbaik yang digemari sejak turun temurun dan pada masa yang sama harga makanan kami juga adalah berpatutan bagi memastikan pelanggan kami sentiasa gembira."

 

"Masakan Mesir terkenal kerana campuran ramuan dan rempah ratusnya yang unik dan semua bahan ini diimport dari Mesir untuk memberikan rasa keaslian masakan yang sebenar," kata  Ahmed.

 

Sebagai kafe Mesir yang pertama di Sabah, beliau berkata, isterinya Shayma Arafa adalah 'Masterchef' yang menyediakan semua resipi hidangan istimewa Mesir. 

 

Kafe yang berkonsepkan kasual ini terletak di 88 Marketplace, Kota Kinabalu dan menawarkan pelbagai jenis hidangan asli Mesir seperti Kushari, Halloumi, Simit, Kunafa, Shawarma, Nasi Mandy, dan lain-lain lagi, serta pelbagai jenis hidangan pencuci mulut dan minuman yang menyegarkan.


 

mesir

 

mesir

 

mesir

 


Ahmed merupakan graduan MBA dari Universiti Iskandariah, ramuan utama  dibawa dari Mesir yang membolehkan 'Masterchef' menghidangkan pengalaman makanan Mesir yang terbaik kerana di sebalik setiap hidangan masakan Mesir terdapat kisah yang menarik.
 


Ahmed berkata, pelanggan boleh memilih menu ala-carte atau hidangan kombo untuk menikmati pelbagai jenis hidangan dan untuk maklumat lanjut boleh layari laman web kami. DagangNews.com