Jaya Grocer lancar program keahlian secara percuma menerusi aplikasi Grab | DagangNews Skip to main content

Jaya Grocer lancar program keahlian secara percuma menerusi aplikasi Grab

Gambar Facebook Jaya Grocer
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 3 Mac - Jaya Grocer yang terkenal dengan pelbagai pilihan hasil segar dan barangan runcit berkualiti, melancarkan program keahlian pertamanya dengan memanfaatkan platform Grab. 

 

Keahlian itu yang boleh diakses menerusi aplikasi Grab, bertujuan meningkatkan pengalaman membeli-belah keseluruhan pengguna dengan membolehkan mereka memperoleh dan menebus mata GrabRewards dengan mudah di semua kedai Jaya Grocer di seluruh negara.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer dan Pengarah Urusan Grab Malaysia, Adelene Foo berkata, matlmata pihaknya adalah untuk memanfaatkan teknologi Grab untuk mencipta pengalaman yang lancar dan bermanfaat. 

 

Katanya, dengan menyepadukan dengan program kesetiaan yang mantap seperti GrabRewards, pengguna bukan sahaja mendapat peluang tambahan untuk memperoleh mata ganjaran, tetapi satu cara tambahan untuk menggunakan mata GrabRewards mereka. 

 

"Lebih-lebih lagi, dengan peningkatan kebimbangan mengenai kos sara hidup, inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk menghubungkan rakyat Malaysia kepada kemudahan yang berpatutan dan boleh diakses. 

 

"Melangkah ke hadapan, kami berharap untuk meningkatkan lagi keahlian Jaya Grocer kami dengan meneroka lebih banyak kemungkinan untuk menambah nilai kepada kehidupan masyarakat di negara ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

 

jayagrocer

 

 

Tambah Foo, keahlian ini benar-benar menonjolkan kemungkinan yang boleh dibuka apabila pihaknya memanfaatkan teknologi untuk mewujudkan sinergi antara industri yang berbeza dengan memberikan kemudahan yang boleh diakses dan mampu milik kepada rakyat Malaysia. 

 

 

 

 

jayagrocer

 

 

"Kami teruja untuk memberikan pengalaman yang bermanfaat untuk pengguna, dan kami berharap dapat meningkatkan lagi perkara ini dengan meneroka lebih banyak kemungkinan untuk menambah nilai kepada kehidupan rakyat Malaysia,” katanya. - DagangNews.com