IPO CPE Technology catat lebihan langganan 17.69 kali | DagangNews Skip to main content

IPO CPE Technology catat lebihan langganan 17.69 kali

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 28 Nov - Tawaran awam permulaan (IPO) CPE Technology Berhad sebanyak 627.4 juta saham dengan nilai RM671.4 juta untuk terbitan awam, yang mewakili kadar lebihan langganan keseluruhan sebanyak 17.69 kali. 

 

Penyenaraian syarikat itu menyaksikan terbitan bahagian Bumiputera, sebanyk 254.9 juta saham terlebih langgan sebanyak 14.19 kali.

 

Bagi bahagian awam, sebanyak 5,755 permohonan untuk 372.5 juta saham telah diterima, yang mewakili kadar lebihan langganan sebanyak 21.2 kali.

 

Tawaran untuk jualan sehingga 67.1 juta saham dengan cara penempatan kepada pelabur institusi dan terpilih, lain-lain daripada pelabur Bumiputera yang dikenal pasti diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

 

Tricor Investor & Issuing House Services Sdn Bhd mengumumkan bahawa 33.5 juta saham dibuat tersedia untuk permohonan oleh orang ramai Malaysia telah terlebih langgan.

 

Sementara itu, ejen penempatan telah mengesahkan bahawa 50.3 juta dan 67.1 tawaran saham dibuat tersedia untuk permohonan melalui penempatan persendirian kepada pelabur institusi dan terpilih, serta terbitan 83.9 juta.

 

Saham yang disediakan untuk permohonan melalui penempatan persendirian kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh MITI telah diletakkan sepenuhnya. - DagangNews.com