Incode, Spectrum Edge bekerjasama perkasa Dunia Kepercayaan untuk perusahaan dengan Pengesahan Identiti Automatik | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Incode, Spectrum Edge bekerjasama perkasa Dunia Kepercayaan untuk perusahaan dengan Pengesahan Identiti Automatik

Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 10 Nov – Incode, platform pengesahan identiti generasi seterusnya, melantik Spectrum Edge sebagai penjual semula bagi pasaran Malaysia yang pertamanya, menerusi pemeteraian Perjanjian Pengedaran untuk membawa satu daripada rumusan identiti paling berkuasa di dunia, Incode Omni, ke negara ini seiring dengan perluasan pesatnya di seluruh Asia Pasifik.

 

Incode merupakan sebuah syarikat tersenarai di dalam Fintech Power 50 dan peneraju industri dalam pengesahan identiti berpusatkan privasi bagi perusahaan global. Platform Omni digunakan oleh institusi kewangan terbesar dunia, pihak kerajaan, pusat pasaran, hotel dan hospital yang disesuaikan dengan pengalaman penglibatan pengguna mereka, secara berskala sambil secara drastik mengurangkan risiko keselamatan dan penipuan.

 

Dengan teknologi keaktifan pasif yang unik, pengecaman wajah berkelas dunia dan teknik pembelajaran mendalam termaju, Incode Omni memenuhi pematuhan dan piawaian keselamatan paling ketat untuk jenama global seperti Hotel JumeirahTM, Rappi, dan Citi. 

 

Malaysia merupakan pasaran utama bagi Incode dan Spectrum Edge di Asia Pasifik seiring dengan pertumbuhan berterusan ekonomi digital negara. Pendekatan kerajaan Malaysia untuk melonjakkan ekonomi negara boleh bergantung kepada langkah memanfaatkan sepenuhnya teknologi digital, bagi mencipta nilai ekonomi tahunan sebanyak RM257.2 bilion menjelang 2030.

 

Hampir 90 peratus penduduk Malaysia dijangka mendapat akses kepada internet menjelang 2025. Dalam usaha ke arah menjadi sebuah negara yang dipacu secara digital, kerajaan Malaysia mengumumkan pada 2021 bahawa kerajaan berhasrat untuk mengguna pakai sepenuhnya teknologi pengenalpastian bagi menambah baik sistem dan prasarana Teknologi Maklumat Jabatan Pendaftaran Negara. 

 

Spectrum Edge, sebuah syarikat milikan rakyat Malaysia, wujud dan dikembangkan di dalam negara ini, mempunyai lebih daripada dua dekad pengalaman dalam bidang keselamatan siber di Malaysia.

 

Sebuah syarikat yang dibina atas keyakinan di mana kepuasan pelanggan adalah kunci; kami telah mewujudkan kehadiran yang kukuh di dalam institusi perkhidmatan kewangan utama, syarikat telekomunikasi, sektor awam dan perusahaan besar.

 

 

incode
Pengarah Jualan Serantau – Asia Tenggara, Incode Technologies, Eryin Halmen (kiri) dan Pengarah Urusan, Spectrum Edge, Mohamad Reza Abdul Hamid menandatangani perjanjian untuk membawa penyelesaian identiti paling berkuasa, Incode Omni, ke Malaysia.

 

 

Naib Presiden EMEA & APAC, Incode, Andre Stewart berkata, perkembangan Incode ke pasaran besar seperti Malaysia memudahkan keputusan untuk bekerjasama dengan Spectrum Edge memandangkan kepakaran teknikalnya yang luas dan rekod prestasinya ke arah menggunakan teknologi pengganggu termaju terhadap pangkalan pelanggannya yang besar di dalam sektor yang juga menjadi tumpuan Incode.

 

"Seiringan dengan Spectrum Edge, kami mengiktiraf potensi besar untuk membuat perubahan di dalam cara orang ramai berinteraksi dengan perniagaan, dan mengesahkan identiti mereka dalam kehidupan seharian, serta keperluan pendekatan mengutamakan privasi untuk syarikat yang ingin menawarkan pengalaman digital yang lancar seraya memenuhi kewajipan kawal selia.

 

"Dengan sokongan Spectrum Edge, kami yakin akan dapat meningkatkan pertumbuhan kami di Malaysia sejajar dengan perkembangan kami yang agresif bagi memenuhi permintaan penawaran kami di seluruh rantau Asia-Pasifik,” ujarnya.  

 

Pengarah Urusan Spectrum Edge, Mohamad Reza Ab Hamid berkata, “Pelanggan kami sentiasa mencari cara untuk mempercepatkan pertumbuhan perniagaan mereka dengan membezakan pengalaman pelanggan secara digital".

 

Menurutnya, keinginan mereka untuk meneroka pengesahan identiti dan penyelesaian pengurusan yang termaju dan selamat, apabila kita bangkit daripada wabak itu, telah semakin dipergiatkan.

 

"Daripada institusi kewangan yang ingin mematuhi peraturan Kenali Pelanggan Anda (KYC) dan Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML), sambil memudahkan dan mempercepatkan proses suai tugas (onboarding), kepada syarikat penerbangan yang merancang untuk meningkatkan teknologi pengesanan hidupan (liveness) pelanggan mereka, kami teruja dan yakin bahawa rumusan terbaik Incode dan teknologi pengganggu (disruptif) adalah sesuatu yang diperlukan oleh pelanggan kami untuk dilaksanakan dalam sektor mereka yang sangat kompetitif," ujarnya. - DagangNews.com