Hotlink tawar baucar pulangan tunai 20% menerusi pelan prabayar lengkap serba baharu  | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Hotlink tawar baucar pulangan tunai 20% menerusi pelan prabayar lengkap serba baharu 

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 13 Julai - Hotlink memperkenalkan pelan prabayar serba baharu dengan pas internet yang dinaiktaraf, menawarkan lebih nilai, pilihan dan fleksibiliti kepada pelanggan prabayar. 

 

Pelan Prabayar Hotlink serba baharu menyepadukan pelan Hotlink Unlimited dan Hotlink Pantas yang popular, digandingkan dengan lebih banyak pilihan pas internet.

 

Sempena pelancaran, Hotlink menawarkan baucar pulangan tunai 20% kepada golongan belia untuk setiap pembelian pas internet baharu.

 

Ketua Pengguna Hotlink Maxis, Rabiras Rajakrishnan berkata, pelanggan menggunakan lebih banyak data setiap hari, dan pihaknya sentiasa meneroka untuk meningkatkan pelan prabayar berdasarkan keperluan mereka dan gaya hidup digital yang semakin meningkat. 

 

"Pelan baharu kami akan memudahkan pengalaman mereka sambil menawarkan nilai yang lebih banyak," katanya dalam kenyataan media di sini.

 

Pas internet Hotlink Tanpa Had RM50 dan RM40 telah meningkatkan kelajuan internet masing-masing kepada 12 Mbps dan 6 Mbps. Sementara itu, pas Hotlink Pantas RM35 dan RM25 kini disertakan dengan lebih data.

 

Selain lebih banyak internet, pelanggan Hotlink akan terus mendapat akses percuma kepada siaran langsung permainan Liga Perdana, item dalam permainan Mobile Legends: Bang Bang percuma, diskaun menarik untuk tiket wayang dan tawaran rakan kongsi eksklusif melalui aplikasi Hotlink.

 

 

maxis

 

 

Pelanggan sedia ada untuk pelan Hotlink lain digalakkan untuk bertukar kepada pelan baharu ini melalui aplikasi Hotlink, terma dan syarat dikenakan. 

 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelan Hotlink serba baharu dan ganjaran eksklusif, lawati https://www.hotlink.com.my. - DagangNews.com