Hasil PT Resources meningkat 32% kepada RM115 juta bagi 3QFY23 | DagangNews Skip to main content

Hasil PT Resources meningkat 32% kepada RM115 juta bagi 3QFY23

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 28 Mac - PT Resources Holdings Berhad mencatatkan peningkatan hasil sebanyak 32% kepada RM115.4 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Januari 2023 (3QFY23) berbanding RM87.4 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya.

 

Kumpulan itu berkata, untung kasar mereka meningkat 58.1% kepada RM15.3 juta berbanding RM9.6 juta pada 3QFY22 manakala keuntungan sebelum cukai menurun sebanyak 55.4% kepada RM2.1 juta. 

 

Katanya, perniagaan pemprosesan dan perdagangan produk makanan laut sejuk beku menyumbang hasil sebanyak RM108.8 juta bagi suku itu manakala perdagangan produk lain perniagaan menyumbang pendapatan sebanyak RM6.6 juta. 

 

Malaysia menyumbang hasil sebanyak RM57.7 juta manakala pasaran luar negara terdiri daripada China dan Arab Saudi menyumbang pendapatan sebanyak RM57.7 juta.

 

Kumpulan itu berkata, bagi tempoh sembilan bulan berakhir 31 Januari 2023 (9MFY23), hasil mereka meningkat 29.3% kepada RM356.1 juta berbanding RM275.4 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya. 

 

ikan
Heng Chang Hooi

 

Pengarah Urusan PT Resources, Heng Chang Hooi berkata, pihaknya optimis untuk meneruskan perkembangan bagi jangka pendek namun tekanan kos menjejaskan operasi mereka secara langsung manakala kadar tukaran asing yang tidak stabil  juga memberi kesan kepada keuntungan.

 

"Kami komited untuk mengembangkan pasaran kami di dalam negara melalui pengukuhan akses kepada rakan kongsi saluran dan membuka lebih banyak cawangan MO Foodmart kami di Malaysia manakala di pasaran luar negara, kami merancang untuk meningkatkan bekalan ke China.

 

"Prestasi kewangan kumpulan bagi suku ketiga itu didorong oleh peningkatan permintaan domestik manakala peningkatan permintaan di luar negara adalah disebabkan peningkatan pesanan daripada pelanggan sedia ada di China berikutan kelonggaran peraturan kuarantin COVID-19," katanya. - DagangNews.com