GoCar perluas khidmat ke 10 stesen MRT, tawar diskaun 50% hingga 15 Disember ini | DagangNews Skip to main content

GoCar perluas khidmat ke 10 stesen MRT, tawar diskaun 50% hingga 15 Disember ini

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 4 Dis - Dalam usaha meningkatkan kemudahan orang ramai di Lembah Klang, GoCar Malaysia mengembangkan platform GoCar Sharing ke 10 stesen Transit Aliran Massa (MRT) terpilih. 

 

Pengembangan strategik itu bertujuan untuk menjadikan perkhidmatan perkongsian kereta lebih mudah diakses sebagai satu pilihan mod pengangkutan yang boleh dipercayai pengguna.

 

Ditawarkan untuk tempahan pergi balik, lokasi lokasi MRT GoCar Sharing ialah Kwasa Damansara, Kwasa Sentral, Sri Damansara Sentral, Kepong Baru, Sungai Buloh, Jinjang, Kuchai, Universiti Putra Malaysia (UPM), Taman Equine dan Putra Permai.

 

Ketua Pegawai Eksekutif GoCar Malaysia, Wong Hoe Mun berkata, pengembangan ke stesen-stesen MRT itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk meningkatkan rangkaian. 

 

"Jadi, lebih ramai pengguna di Lembah Klang boleh mengakses perkhidmatan perkongsian kereta kami yang mudah. Integrasi perkhidmatan kami di antara hub transit seperti stesen MRT akan memangkin rumusan mobiliti yang lancar dan efisien pada masa depan," katanya dalam kenyataan media di sini.

 

Menurut Wong, pengembangan dan promosi Disember itu memberi peluang kepada pengguna untuk mendapatkan pilihan pengangkutan yang mudah dan jimat, selain menikmati kemudahan perkhidmatan perkongsian kereta tanpa had.

 

Bagi meraikan pencapaian terbaharu ini, platform mobiliti sebagai satu perkhidmatan berdasarkan kepada permintaan terkenal itu menawarkan diskaun sebanyak 50% ke atas semua GoCar Sharing Round Trips dengan kod promo “YAY50”. 

 

gocar

 

 

Lebih menarik lagi, promosi itu tiada had dari segi perbatuan, diskaun maksimum dan penggunaan kod promo. 

 

Tawaran itu terpakai ke atas kenderaan-kenderaan terpilih dalam rangkaian GoCar termasuklah kereta elektrik kecuali Ora Good Cat. Promosi eksklusif itu bermula sekarang hingga 15 Disember 2023 untuk perjalanan dalam tempoh sama dan boleh didapati di semua lokasi GoCar Sharing.

 

Dengan rangkaian hampir 500 buah kenderaan di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor, GoCar sentiasa konsisten untuk menawarkan mobiliti urban yang lebih baik. 
 

 

Sebagai sebuah syarikat yang terus berkembang dam meningkatkan perkhidmatannya, ia kekal fokus untuk menawarkan penyelesaian yang mampu memenuhi keperluan pengguna urban yang sentiasa berevolusi. - DagangNews.com