GoCar Garage tawar perkhidmatan pengambilan dan penghantaran kereta ke pusat servis secara percuma  | DagangNews Skip to main content

GoCar Garage tawar perkhidmatan pengambilan dan penghantaran kereta ke pusat servis secara percuma 

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 21 Sept - GoCar Malaysia menawarkan perkhidmatan mengambil dan pulang GoValet secara percuma bagi menjimatkan masa dan memudahkan pelanggan untuk menyelenggara kenderaan bermula sekarang hingga 31 Oktober 2023. 

 

Boleh didapati di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor, GoValet merupakan perkhidmatan dari pintu ke pintu yang akan mengambil dan memulangkan kereta yang telah diservis kepada pelanggan dalam jarak sehingga 40 kilometer (km).

 

Sepanjang tempoh kempen ini, perkhidmatan GoValet adalah percuma untuk jarak 10 km pertama kereta diambil dan dipulangkan. 

 

Ia melibatkan semua kerja-kerja penyelenggaraan dengan pakej penukaran minyak enjin TotalEnergies Quartz dan Rubia, berharga bermula RM198.

 

Setiap pakej servis minyak ini merangkumi empat liter minyak pelincir, satu penapis minyak, satu pembersih drain plug dan kos buruh. Tambahan minyak enjin boleh didapati dengan caj berasingan. 

 

Pelanggan boleh mengetahui lokasi rakan bengkel GoCar Garage yang mengambil bahagian dalam kempen servis penukaran minyak enjin TotalEnergies Quartz dan Rubia menerusi aplikasi mudah alih GoCar. 

 

Menawarkan rumusan menyeluruh, GoCar Garage membolehkan pelanggan untuk menjadual dan menempah temu janji servis dengan mudah, melihat perincian kerja-kerja yang akan dibuat dan melengkapkan pembayaran untuk pengalaman menyelenggara kenderaan yang cukup mudah. 

 

 

gocar

 

 

gocar

 

 

Lebih penting lagi, pelanggan tidak perlu bimbang kerana tidak akan ada kos-kos tersembunyi atau caj yang mengejutkan. 

 

Ini kerana kerja-kerja hanya akan bermula selepas pelanggan bersetuju dengan sebut harga berkaitan yang boleh dibuat melalui aplikasi GoCar atau laman web GoCar Garage. 

 

 

gocar

 

 

gocar

 

 

Untuk mengetahui lokasi GoCar Garage dan menempah temu janii servis, download aplikasi mudah alih GoCar atau layari laman web GoCar Garage website (https://gocargarage.my/).

 

 

gocar

 

 

Maklumat lanjut mengenai GoCar Malaysia, layari laman web https://new.gocar.my/ atau ikuti saluran Facebook, Instagram, YouTube dan TikTok GoCar Malaysia. - DagangNews.com