Enra Group raih kontrak sewaan bot bernilai RM41 juta daripada 7seas Maritime Transportation | DagangNews Skip to main content

Enra Group raih kontrak sewaan bot bernilai RM41 juta daripada 7seas Maritime Transportation

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 28 Mac - Enra Group Berhad berjaya memperoleh kontrak sewaan bot bernilai sekurang-kurangnya AS$9.32 juta (RM41 juta) untuk penyediaan dan penyewaan kapal tangki kimia Ratu Enra.

 

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan itu menerusi anak syarikatnya, Hexagon Energy Logistics Sdn. Bhd. telah memeterai kontrak tersebut bersama 7Seas Maritime Transportation — FZCO, sebuah syarikat yang diperbadankan di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

 

"Kontrak itu adalah untuk tempoh lima tahun dengan pilihan bersama untuk melanjutkannya selama lima tahun lagi.

 

"Tempoh piagam akan bermula sejurus selepas tamat kontrak sewa semasa Ratu Enra di Yetagun pada 5 Jun 2023," katanya.

 

Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan sesaham dan aset bersih kumpulan untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2024.

 

Tiada sebarang risiko luar biasa berhubung kontrak itu melainkan risiko perniagaan biasa.

 

Tiada Pengarah dan/atau pemegang saham utama syarikat atau orang yang berkaitan mempunyai sebarang kepentingan, secara langsung atau tidak langsung dalam kontrak itu. - DagangNews.com