Enfrasys bantu transformasi digital syarikat Malaysia | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Enfrasys bantu transformasi digital syarikat Malaysia

(Dari kiri) Ketua Penghantaran Teknikal, Tan Han Seen, Ketua Operasi, Lee Chuan Chein dan Pengarah Urusan, Beh Chor How.

(Dari kiri) Ketua Penghantaran Teknikal, Tan Han Seen, Ketua Operasi, Lee Chuan Chein dan Pengarah Urusan, Beh Chor How.

 

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]

 

KUALA LUMPUR 3 Sept. - Syarikat penyedia teknologi digital, Enfrasys tampil menawarkan kepakarannya bagi mamacu syarikat di Malaysia untuk kembali pulih dan berdaya tahan.

Menurut Pengarah Urusan , Beh Chor How berkata, pihaknya teruja dapat meluaskan kepakaran dan penyelesaian kepada organisasi di Malaysia sekali gus memajukan transformasi digital syarikat masing-masing.

"Melalui perkongsian kami dengan Microsoft, kami dapat membantu pelanggan kami untuk terus berdaya saing melalui penyelesaian digital yang luar biasa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Enfrasys menawarkan bantuan penyelesaian yang merangkumi transformasi tempat kerja, keselamatan, dan automasi.

Bagi transformasi tempat kerja, Enfrasys telah membantu beberapa pelanggan dalam industri perkhidmatan kewangan termasuk industri di bawah Kementerian Kewangan.

Bantuan tersebut membolehkan pelanggan melakukan transformasi pantas terhadap tempat kerja kepada cara kerja jarak jauh dengan menggunakan peranti digital yang diperlukan iaitu Windows Virtual Dekstop (WVD) selain mempertingkatkan peranti kepada Windows 10 bagi melancarkan urusan kerja jarak jauh.

Dalam aspek keselamatan Enfrasys memperkenalkan Microsoft Azure Advance Threat Protection dan Microsoft Cloud App Security kepada pelanggan mereka.

Perisian tersebut mampu menyekat lebih daripada 99.9% serangan terhadap akaun pengguna dan data khususnya organisasi atau syarikat yang kurang bersedia terhadap serangan siber. 

Bagi automasi pula, Enfrasys telah memperkenalkan Azure CycleCloud  yang membantu meningkatkan kelajuan pemprosesan komputer selain beberapa kelebihan lain.

Sementara itu, Pengarah Urusan Microsoft Malaysia, K Raman memberitahu, pihaknya berbangga dapat menjalinkan kerjasama dengen Enfrasys bagi menyokong negara dan pelanggan khususnya di waktu krisis ini.

"Rakan kongsi kami seperti Enfrasys telah berusaha membangunkan teknologi yang membolehkan pelanggan kami menangani masalah digital mereka.

Hasil sumbangan kepakaran tersebut, Enfrasys dinobatkan sebagai pemenang anugerah Rakan Microsoft Terbaik 2020.

Anugerah tersebut adalah pengiktirafan kepada rakan Microsoft yang telah berjaya mengembangkan penyelesaian digital yang luar biasa. - DagangNews.com