Dr Grace Lee Hwee Ling dilantik sebagai CFO Astro baharu berkuat kuasa 1 Januari 2024 | DagangNews Skip to main content

Dr Grace Lee Hwee Ling dilantik sebagai CFO Astro baharu berkuat kuasa 1 Januari 2024

Dr Grace Lee Hwee Ling
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 19 Dis - Astro Malaysia Holdings Bhd melantik Dr Grace Lee Hwee Ling sebagai ketua pegawai kewangan (CFO) baharunya berkuat kuasa 1 Januari 2024.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Astro berkata, Lee, 48, akan menggantikan Shafiq Abdul Jabbar, 46, yang dilantik sebagai CFO AMMB Holding’s Bhd mulai 15 Februari 2024.

 

Lee menyertai semula Astro sebagai ketua pegawai operasi kumpulan pada Ogos 2023. 

 

Sebelum itu, beliau adalah CFO Aeon Co (M) Bhd. 

 

Sebelum menyertai Aeon, beliau pernah berkhidmat di Astro dari 2002 hingga 2021 dan memegang beberapa jawatan termasuk ketua penambahbaikan proses, pengawal kewangan kumpulan, ketua pegawai risiko, ketua pegawai eksekutif Go Shop dan pegawai transformasi kumpulan. - DagangNews.com