DKLS Industries raih kontrak pembangunan bernilai RM34.3 juta daripada PKNP | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

DKLS Industries raih kontrak pembangunan bernilai RM34.3 juta daripada PKNP

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 28 Jun - DKLS Industries Berhad menerusi anak syarikatnya, DKLS Construction Sdn. Bhd. (DCSB) menerima surat anugerah daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP)  bagi projek pembangunan industri bernilai RM34.3 juta.

 

Projek itu melibatkan pembinaan empat blok kilang, satu bangunan pejabat, satu unit pondok pengawal, pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) 11kV dan satu unit pam tangki dengan kemudahan di PT 253414, Mukim Hulu Kinta, Kinta, Perak.

 

Kontrak berkeaan akan berlangsung selama 32 minggu bermula 1 Ogos 2023 hingga 11 Mac 2024 dan DCSB dijangka memulakan kerja-kerja di lapangan dalam tempoh 14 hari bermula 1 Ogos ini.

 

"Tempoh liabiliti kecacatan adalah 12 bulan bulan dari tarikh pensijilan selesai dan kumpulan itu dikehendaki memberikan bon pelaksanaan sebanyak RM1.72 juta dengan cara jaminan bank atau potongan 10% daripada setiap pembayaran interim sehingga mencapai 5% daripada nilai kontrak," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

 

Kontrak itu  tidak akan mempunyai sebarang kesan ke atas modal saham dan struktur pegangan saham DKLS.

 

Kontrak itu, bagaimanapun, dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan sesaham dan aset bersih sesaham DKLS bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 dan 2024. - DagangNews.com