Dayang Enterprise peroleh lanjutan kontrak penyelenggaran selama lebih setahun daripada Hibiscus | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Dayang Enterprise peroleh lanjutan kontrak penyelenggaran selama lebih setahun daripada Hibiscus

Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Dayang Enterprise Holdings Bhd, melalui anak syarikatnya, Dayang Enterprise Sdn Bhd, telah menerima pindaan dan pelanjutan kontrak daripada Hibiscus Oil & Gas Malaysia Ltd.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan itu berkata pindaan dan lanjutan kontrak menyediakan penyelenggaraan, pembinaan dan pengubahsuaian Pan Malaysia.

 

Kontrak tersebut adalah berdasarkan keperluan dan dilanjutkan bagi tempoh lebih kurang setahun, lima bulan dan 15 hari bermula 17 Julai 2023 hingga 31 Disember 2024.

 

“Nilai kontrak adalah berdasarkan mana-mana perintah kerja yang dikeluarkan oleh Hibiscus Oil & Gas Malaysia sepanjang tempoh kontrak (yang termasuk tempoh lanjutan kontrak),” katanya.

 

Dayang berkata kontrak tersebut tidak akan memberi kesan ke atas modal terbitan syarikat dan dijangka menyumbang kepada pendapatannya sepanjang tempoh kontrak.

 

Saham Dayang ditutup rendah pada RM1.49 hari ini, susut 3 sen atau 2% dengan permodalan pasaran bernilai RM1.7 bilion.  - DagangNews.com