Datuk Chang Khim Wah letak jawatan pengarah dalam Eco World International | DagangNews Skip to main content

Datuk Chang Khim Wah letak jawatan pengarah dalam Eco World International

KUALA LUMPUR 24 Okt - Eco World International Bhd (EWI) mengumumkan Datuk Chang Khim Wah telah melepaskan jawatannya sebagai pengarah bukan bebas dan bukan eksekutif syarikat itu.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat pemaju tersebut berkata ini akan membolehkan Chang memberi tumpuan kepada peranan eksekutifnya dalam Eco World Development Group Bhd (Eco World Malaysia).

 

Chang kini merupakan pengarah eksekutif, presiden dan ketua pegawai eksekutif Eco World Malaysia.

 

 

Datuk Heah Kok Boon
                           Datuk Heah Kok Boon

 

 

Dalam pengumuman berasingan, EWI berkata ia telah melantik Datuk Heah Kok Boon untuk menggantikan Chang. - DagangNews.com