COVID-19: Britain umum Malaysia ‘negara selamat’ | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

COVID-19: Britain umum Malaysia ‘negara selamat’

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Jabatan pengangkutan Britain meletakkan Malaysia dan negara jiran, Brunei ke dalam senarai ‘negara selamat’ Perjalanan Koridor negaranya berhubung penularan COVID-19.

Pengumuman itu dibuat susulan Britain berusaha untuk membendung individu dari kawasan khas (hotspot) jangkitan COVID-19 dari memasuki negara itu.

Menteri Pengangkutannya, Grant Shapps berkata, penumpang yang memasuki Britain dari Belgium, Bahamas dan Andorra perlu menjalani kuarantin selama 14 hari bagi mengekang penularan virus berkenaan.

Langkah sama turut dilaksanakan di Estonia, Ireland, Latvia dan Norway.

 

Grant Shapps
Grant Shapps

 

“Data menunjukkan kami perlu membuang Andorra, Belgium dan Bahamas dari senarai Perjalanan Koridor #coronavirus bagi mengawal kadar jangkitan.

“Sekiranya anda tiba di UK selepas 0400 Sabtu (0300 GMT) dari destinasi berkenaan, anda perlu melakukan kuarantin selama 14 hari,” jelas Shapps menerusi hantaran status di Twitter.

 

Twitter

 

Reuters melaporkan, Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (ECDC) telah mengiystiharkan Belgium dengan ‘kod jingga’ bagi kes baharu.

Ini bermaksud angka kes bagi setiap 100,000 penduduk melebihi 20 selama dua minggu.

Walaupun ribuan rakyat Britain mula bercuti ke luar negara selepas pelaksanaan perintah berkurung, namun kerajaannya menetapkan semula kuarantin wajib bagi mereka yang pulang dari Sepanyol dan Luxembourg.

Pada bulan lalu, Belgium juga telah memperkenalkan sekatan kontak sosial baharu bagi membendung penularan virus berkenaan. - DagangNews.com