CGS-CIMB Research unjur strategi pemasaran produk Power Root pacu momentum pendapatan kumpulan | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

CGS-CIMB Research unjur strategi pemasaran produk Power Root pacu momentum pendapatan kumpulan

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 13 Jun  - CGS-CIMB Research menjangkakan strategi pemasaran produk Power Root Berhad yang berterusan akan menarik minat golongan lebih muda selain membantu meningkatkan kuasa harga selain memacu momentum pendapatan kumpulan itu.

 

Firma itu berkata, kumpulan itu juga merancang untuk melancarkan jenama teh premium baharu dalam segmen teh pracampuran dalam 3QFY24 bagi menarik segmen pasaran atasan di Malaysia.

 

Katanya, kumpulan itu menyasarkan untuk memacu pertumbuhan jualan produk Frenche Roast pada FY24 melalui kempen pemasaran yang lebih agresif dan reka bentuk pembungkusan yang menarik, di samping potensi sambungan produk baharu.

 

"Bagaimanapun, kami memahami bahawa harga produk kumpulan itu secara purata masih antara 5% hingga 10% lebih rendah daripada rakan setara rapatnya untuk mendapatkan bahagian pasaran.

 

"Ini membolehkan kumpulan itu meraih ruang utama untuk kenaikan harga selanjutnya bagi  melindungi margin keuntungan.

 

"Pengurusan kumpulan menganggarkan bahawa perniagaan pengedar tunggal jus buah Mogu Mogu Sappe di Malaysia boleh membantu menyumbang sehingga 2% daripada jualan domestik kumpulan pada FY24," katanya dalam satu nota kajian hari ini.

 

Firma itu menjangkakan usaha berterusan kumpulan itu bagi meningkatkan kecekapan operasi akan menjadi petanda baik untuk margin keuntungan termasuk pelancaran automasi jualan dan platform teknologi pengurusannya pada FY24.

 

Katanya, ia bertujuan meningkatkan produktiviti tenaga jualannya dan membawa kepada penghantaran stok yang lebih tepat pada masanya.

 

"Memaksimumkan penggunaanruang gudang yang boleh meningkatkan kadar penggunaan berkesan sebanyak 30% dan potensi penjimatan sebanyak RM1 juta dan pada masa menaik taraf mesin dengan kelajuan pengeluaran antara 60% hingga 70%," katanya.

 

Firma itu mengekalkan penarafan 'tambah' dengan harga sasaran (TP) RM3.00 sesaham. - DagangNews.com