CAGR Unimech dijangka tumbuh 8% pada 2022 hingga 2024 didorong peningkatan permintaan pelbagai sektor | DagangNews Skip to main content

CAGR Unimech dijangka tumbuh 8% pada 2022 hingga 2024 didorong peningkatan permintaan pelbagai sektor

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 9 Mac - RHB Investment Bank menjangkakan pengeluar injap terkemuka tempatan, Unimech Group Berhad akan mencapai purata kadar pertumbuhan dikompaun (CAGR) sebanyak 8% bagi FY022F-FY2024F didorong oleh peningkatan permintaan daripada pelbagai sektor.

 

Selain itu, unjuran itu juga disokong oleh kemasukan dalam pasaran industri marin dan pembinaan kapal selain sinergi positif jangka panjang melalui kerjasama perniagaan dengan KITZ Corporation. 

 

Firma penyelidikan itu menjangkakan pembukaan semula aktiviti ekonomi, pelaburan baharu dan pertambahan kapasiti dalam pelbagai industri akan mendorong kepada pertambahan tempahan. 

 

"Kami juga percaya pembukaan kilang baharu di Indonesia adalah besesuaian peningkatan permintaan di negara itu dan kami menjangkakan pendapatan bagi FY2022 akan mengatasi RM300 juta atau pertambahan sebanyak 9%.

 

"Kami percaya mereka menawarkan peluang pelaburan menarik kepada para pelabur," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma penyelidikan itu berkata, Unimech membentuk sinergi yang kuat bersama KITZ dan berjaya menembusi pasaran besar tanpa perlu mengeluarkan kos tambahan bagi penyelidikan dan pembangunan (R&D).

 

valves

 

Menerusi sinergi perniagaan itu, kedua-dua syarikat dilhat mahu meluaskan penguasan pasaran dengan membina jenama ARITA dan KITZ/TOYO di seluruh rantau Asia.

 

"Walaupun Unimech dan KITZ berada dalam segmen pasaran berbeza, kami percaya sinergi akan berdepan persaingan minimum untuk produk masing-masing dan berdasarkan perkiraan kasar, kerjasama ini akan menyumbang kepada pendapatan tamabahan sebanyak 5% hingga 10% kepada Unimech," katanya. 

 

valves

 

Firma penyelidikan itu berkata, Unimech berjaya menurunkan hutangnya secara progresif walaupun terpaksa memperuntukkan capex bagi pembinaan kilang baharu di Indonesia dan ia memberi gambaran bahawa kumpulan itu memiliki aliran tunai yang baik.

 

"Bagaimanapun, mereka tetap berdepan risiko permintaan global yang perlahan selain peningkatan harga bahan mentah serta persaingan kompetitif daripada syarikat lain," katanya. - DagangNews.com