Boustead Heavy Industries dapat lanjutan kontrak penyenggaraan kemudahan kapal selam TLDM | DagangNews Skip to main content

Boustead Heavy Industries dapat lanjutan kontrak penyenggaraan kemudahan kapal selam TLDM

Gambar hiasan
Oleh M. HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 14 Mac - Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) menerima kontrak lanjutan daripada Kementerian Pertahanan untuk penjagaan kemudahan kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bernilai RM3.5 juta.

 

Surat anugerah bertarikh 14 Februari itu diberikan kepada anak syarikat milik penuh BHIC iaitu BHIC Submarine Engineering Services Sdn Bhd (BSES).

 

Dalam pemakluman kepada Bursa Malaysia hari ini, BHIC berkata, tempoh kontrak adalah selama 45 hari. 

 

Kontrak rasmi antara Kerajaan Malaysia dan BSES akan dimuktamadkan dan dilaksanakan kemudian.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Boustead Heavy Industries terima dua kontrak kapal selam TLDM bernilai RM140 juta

 

Boustead Heavy Industries dapat lanjutan kontrak kapal selam tentera lagi setahun, RM159 juta

 

"Lanjutan daripada pengumuman bertarikh 18 Mei 2023, Syarikat kini mengumumkan bahawa pada 26 Februari 2024, BSES, anak syarikat milik penuh BHIC, telah menerima Surat Anugerah bertarikh 14 Februari 2024 daripada Kementerian Pertahanan Malaysia yang mewakili Kerajaan Malaysia, menganugerahkan BSES lanjutan kepada Kontrak Penyelenggaraan Kemudahan Kapal Selam untuk TLDM pada nilai kontrak RM3.5 juta untuk tempoh kontrak selama 45 hari mulai 1 Januari 2024 hingga 14 Februari 2024," kata pemakluman itu.

 

Menurut BHIC, kontrak tersebut akan menyumbang secara positif kepada pendapatan Kumpulan BHIC bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024..- DagangNews.com