Belanjawan 2025 dibentang 18 Oktober, MoF seru orang ramai kemukakan pandangan | DagangNews Skip to main content

Belanjawan 2025 dibentang 18 Oktober, MoF seru orang ramai kemukakan pandangan

Belanjawan 2025 bakal dibentangkan di Dewan Rakyat 18 Oktober 2024.-Gambar Parlimen Malaysia
Oleh M. HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 12 Julai - Belanjawan 2025 akan dibentang pada 18 Oktober ini di Dewan Rakyat.

 

Jurucakap Kerajaan yang juga Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, semua Menteri telah diarahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan sesi dialog Belanjawan 2025 bersama kementerian masing-masing dan semua pemegang taruh dalam sektor yang terlibat.

 

“Hasrat Perdana Menteri adalah untuk mendapatkan maklum balas daripada industri serta pemegang taruh mengenai sama ada dasar, insentif, program, pelaksanaan, kekangan dan cabaran.

 

“Ini akan dibawa semula untuk penelitian di peringkat Kementerian Kewangan agar dapat disesuaikan dengan dokumen atau Belanjawan MADANI 2025 nanti,” katanya pada sidang media pascamesyuarat Jemaah Menteri di Putrajaya hari ini.

 

mof

 

Sementara itu, Kementerian Kewangan di media sosialya mengalu-alukan cadangan dan pendapat orang ramai bagi Belanjawan 2025.

 

"Layari https://belanjawan.mof.gov.my/ms/ atau imbas QR Code yang disertakan," katanya. - DagangNews.com